EDDY NOOR RIDZUAN
Pada 16 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan
agar kerajaan menangguhkan dos kedua dan memberi tumpuan kepada cadangan agar
dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Cadangan yang dipandang sebelah mata ketika itu, kini mula
diperkatakan semula apabila DG Hisham mengambil contoh strategi pemberian dos
pertama ke seluruh penduduk labuan terlebih dahulu mendapat hasil yang baik.
Bukan sekali penegasan DS Anwar Ibrahim supaya dulukan dos
pertama semaksima yang boleh dilaksanakan, ia setelah melihat beberapa negara
berjaya melakukannya termasuk UK dan Singapura. Akhirnya gesaan DS Anwar
mendapat perhatian apabila kes mencecah 5 angka.
Jika strategi ini dilakukan lebih awal, mungkin akan lebih ramai
rakyat Malaysia yang terlindung dari varian Covid-19 yang mengganas dan jumlah
kematian dapat diminimakan. Malah, jumlah kes yang menular juga mampu lebih
terkawal.
Kepada pemerintah yang gagal, berundurlah. Jangan jadi tikus
yang membaiki labu. Beri laluan kepada mereka yang lebih mampu dan lebih
memikirkan nasib keselamatan rakyat berbanding nasib konglomerat pengusaha
kilang.
ENR