Sekretariat NGO Pemuda UMNO buat laporan polis terhadap Takiyuddin

 

SEJARAH NEGARA PUNYA MENTERI UNDANG UNDANG CUBA BOHONG SATU NEGARA DARI PARTI TAK BERGUNA


muhammaffaiz-e1627565353165

rakan NGO membuat laporan polis di IPD Kuantan, petang ini.

KUANTAN – Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia petang ini, membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Pahang ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Laporan yang dibuat bersama NGO Pronita dan OGG Pahang itu, bagi meminta polis menyiasat Takiyuddin dan pihak berkaitan dengan pembatalan Ordinan Darurat tanpa pengetahuan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim, laporan itu dibuat atas rasa tangungjawabnya sebagai rakyat yang sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan institusi diraja.

“Apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada hari ini cukup mendukacitakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila Parlimen dipermain dan dikelirukan sehinggakan mencemarkan institusi istana dan raja,” katanya.

Turut bersama membuat laporan polis ialah wakil NGO Pronita, Datuk Syed Mohsin Syed Agil dan wakil OGG Pahang, Ben Dred.

Menurut Muhammad Faiz, pembatalan darurat yang dibuat sebelum perkenan Yang di-Pertuan Agong amat mencabar dan membelakangkan kuasa Seri Paduka.

Ternyata katanya, perbuatan itu adalah penderhakaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan satu penipuan serta kekeliruan yang dibuat dalam Dewan Parlimen.

“Maka, kita juga mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil rasa tangungjawab ini dengan meletak jawatan,” katanya.