SEJARAH NEGARA PUNYA MENTERI UNDANG UNDANG CUBA BOHONG SATU NEGARA DARI PARTI TAK BERGUNA
rakan NGO membuat laporan polis di IPD Kuantan, petang ini.
KUANTAN – Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia petang ini,
membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Pahang ke atas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri
Takiyuddin Hassan.
Laporan yang dibuat bersama NGO Pronita dan OGG Pahang itu, bagi
meminta polis menyiasat Takiyuddin dan pihak berkaitan dengan pembatalan
Ordinan Darurat tanpa pengetahuan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz
Hashim, laporan itu dibuat atas rasa tangungjawabnya sebagai rakyat yang
sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan institusi diraja.
“Apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada hari ini cukup
mendukacitakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila Parlimen
dipermain dan dikelirukan sehinggakan mencemarkan institusi istana dan raja,”
katanya.
Turut bersama membuat laporan polis ialah wakil NGO Pronita,
Datuk Syed Mohsin Syed Agil dan wakil OGG Pahang, Ben Dred.
Menurut Muhammad Faiz, pembatalan darurat yang dibuat sebelum
perkenan Yang di-Pertuan Agong amat mencabar dan membelakangkan kuasa Seri
Paduka.
Ternyata katanya, perbuatan itu adalah penderhakaan Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan satu penipuan serta kekeliruan
yang dibuat dalam Dewan Parlimen.
“Maka, kita juga mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil rasa tangungjawab ini dengan meletak jawatan,” katanya.