POSTED BY AMIR WRLR
Beliau berkata, negara-negara lain sudah mengeluarkan belanja
besar untuk membeli dos ketiga tetapi Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya.
"Sepatutnya contohi negara lain seperti UAE yang mula beli Moderna booster, Amerika Syarikat beli 200 juta dos, Jepun 50 dos, Kesatuan Eropah (EU) beli 150 juta, Taiwan beli 35 juta, Argentina 20 juta dos. Jadi perkara ini perlu dimaklumkan," katanya di Parlimen.
Beliau turut meminta kerajaan supaya prihatin terhadap kemampuan klinik swasta untuk membeli vaksin.
"Kerajaan menetapkan 4000 dos untuk pembelian oleh swasta tetapi klinik swasta kecil tidak mampu keluarkan RM600,000 ke RM800,000 untuk beli vaksin, mohon intervene dan kurangkan pembelian minimum ini," katanya.
Pada masa sama, Sim menggesa kerajaan memperkenalkan lebih banyak insentif untuk menarik perhatian golongan yang kurang percaya dengan vaksinasi.
"Mereka yang tidak daftar ini seharusnya diberikan insentif lebih untuk daftar.
"Di negara lain kerajaan adakan lucky draw seperti rumah percuma pelbagai insentif untuk daftar.
"Saya tak nampak kerajaan buat sesuatu, korporat juga perlu ambil tanggungjawab. Seperti di Hong Kong, mereka beri rumah percuma untuk mereka yang ambil vaksin. Saya harap malaysia pun begitu," katanya.