Selepas Anwar, giliran Guan Eng dan Mat Sabu menghadap Agong

 

Selepas Anwar, giliran Guan Eng menghadap Agong

Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR: Selepas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hadir ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, petang ini adalah giliran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula.

Beliau dilihat memasuki pintu utama Istana Negara sekitar 1.55 petang dan menjadi pemimpin kedua pembangkang tiba hari ini.

Turut kelihatan bersama beliau ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Terdahulu Anwar berkata, isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Agong pagi tadi.

Presiden PKR itu berkata, perbincangan mereka memfokus kepada perintah darurat dan langkah memerangi pandemik Covid-19.

Selain Anwar dan Guan Eng, difahamkan bahawa Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan menemui Agong pada 3 petang ini.

Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu tiba jam 3 petang bagi sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

No comments: