See you in court Kamarul, kata Hannah Yeoh
Defence filed – see you in court Kamarul!
1. 13 September 2020 : Kamarul Zaman Bin Haji Yusoff, seorang pensyarah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerbitkan satu hantaran Facebook bertajuk ‘TUNGGANG AGAMA UNTUK MENANG PRN?’ yang mengandungi gambar saya semasa PRN Sabah 2020 (https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3598383626872336)
2. 14 September 2020 : Saya telah menerbitkan maklumbalas saya kepada hantaran Facebook Kamarul melalui laman Facebook saya sendiri (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158568179169034&id=171292564033)
3. 15 September 2020 : Kamarul telah menghantar surat tuntutan melalui peguam beliau antara lainnya, permohonan maaf dan gantirugi ke atas penerbitan maklumbalas saya diatas yang dikatakan “merupakan suatu fitnah” oleh saya terhadap Kamarul kerana “beliau mempunyai reputasi penting di Universiti Utara Malaysia di mana beliau merupakan pensyarah kanan dan dikenali dalam kalangan masyarakat”.
4. 9 Oktober 2020 : Saya enggan memohon maaf dan enggan bersetuju dengan tuntutan Kamarul.
5. 10 Mei 2021 : Kamarul telah memfailkan Pernyataan Tuntutan terhadap saya.
6. Saya telah memfailkan Pernyataan Pembelaan saya melalui peguam saya Sangeet Kaur Deo daripada Tetuan Karpal Singh & Co pada 8 Jun 2021.
7. Berani kerana benar. Kita jumpa di mahkamah!
Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
Sumber: https://www.facebook.com/100044490487077/posts/324478299045184/?d=n