Minyak Masak Naik, Mana KPDNHEP? Wujud atau tidak kementerian ini???

 


Oleh: Yuneswaran Ramaraj


ULASAN: Saya pernah bertugas sebagai Penyelaras kepenggunaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Tuga hakiki adalah untuk memberi laporan pemantaun harga barang kepada KPDNHEP. Memang benar harga minyak masak telah naik mendadak berbanding zaman Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.

Minyak masak bersubsidi mudah dikenali di pasaran iaitu bungkusan plastik 1kg dengan harga tetap RM2.50. Minyak masak dalam botol 1kg atau 5kg atau selain bungkusan plastik 1kg adalah minyak masak tanpa subsidi. Minyak masak inilah yang menyaksikan peningkatan harga luar biasa sekarang.

Saya kongsikan laporan pemantaun harga sekitar Disember 2019 - Mac 2020 waktu PH memerintah dengan gambar harga minyak yang saya ambil di pasar raya yang sama.

Contoh jenama minyak masak RedEagle (Helang) meningkat antara RM9.95-RM10.00

Dis 2019 harga RM24.59 (Zaman PH)

Jun 2021 harag RM34.39 (Zaman PN)

Mana kerajaan prihatin rakyat?

Inilah kerajaan prihatin yang dimaksudkan oleh PN. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, minyak masak plastik sebagai alternatif susulan kenaikan harga mendadak minyak masak dalam botol.

Apakah ini jalan penyelesaian untuk rakyat?

Timbalan Menteri juga menyatakan kegunaan minyak masak untuk rakyat Malaysia adalah 1.8 kilogram sebulan dan ini adalah purata kegunaan untuk isi rumah dan jika diikutkan bekalan minyak bersubsidi ini cukup untuk kegunaan rakyat?

Belajarlah dari PH

Saya ingin tanya, adakah 1.8kg cukup untuk satu keluarga bagi satu bulan? Goreng ikan pun perlukan hampir 200-250gram minyak.

Menteri yang paling berjaya menguruskan dan mengetuai KPDNHEP adalah bekas Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Kerajaan perlu belajar formula dan kaedah untuk mengawal harga barang dari beliau.

Kerajaan boleh memberi subsidi minyak masak 5kg secara one-off. Kerajaan juga pernah mengawal harga minyak melalui subsidi tapi kenapa kerajaan kini tidak menghiraukan?

Mana menteri KPDNHEP !



__________________________________________________________________________________Penulis merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Johor

No comments: