JIKA EDITOR AKHBAR LEMAH , MAKA AKHBAR PUN AKAN MULA MENYESATKAN

 

MOHD MUKHLIS 



TLDR masalah utama mereka ialah akal mereka telah di pajak pada pimpinan. Jadi pemikiran kognitif mereka hanya terhenti pada perkara binari; and nothing in between.

Sama ada syurga atau neraka

Khadam atau tuan,

Kafir atau Islam,

1 atau 0.

Tak payah cerita pasal nak suruh ahli berfikiran kritikal, kalau ada yang banyak tanya soalan walaupun betul akan terus di cop lawan ulama, khadam DAP ataupun liberal.

Penyelesaian untuk mereka ini hanyalah penyesalan di hari kemudian, yang mana pemimpin berlepas diri dari jaminan dan pengikut memohon azab dua kali ganda pada pimpinan yang jahat.


May be an image of text that says "Harakahdaıly Benar Inklusit Usaha melemahkan Institusi Raja adalah usaha golongan Liberalis Komunis. Komunis adalah antara fahaman paling berjaya menghapuskan sistem beraja di China. Mereka bermula dengan gambaran kerakusan Raja dengan kuasa, harta dan kezaliman. Akhirnya Komunis datang dengan watak Sosialis kononnya membela rakyat dari golongan kayangan istana namun kezaliman mereka jauh lebih dahsyat dari golongan Raja. Kalau tidak kerana perjuangan pembebasan pelajar yang memakan korban di medan Tiananment 1989, China masih kekal dengan belenggu ganas dan kejam Komunis."


NAIM FAHMI 


Masalah Harakah, mereka ada editor yang lemah. Masalah penulis-penulis propaganda ini pula, kurang kefahaman sains politik, kurang membaca dan daya intelektual yang lemah menyusun logik ayat.

.

Maaflah kalau agak panjang, saya sedikit bersemangat, overdose kafein Mandheling sebelum imsak. Mari kita cerakinkan masalah satu perenggan ini sahaja.

.

Pertama, mereka ada masalah mengenali kelompok bila telah menulis "Liberalis Komunis". Dalam sejarah politik dan sains politik tak wujud ideologi "Liberalisme-Komunisme". Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang ada ideologi itu.

Yang ada dalam sejarah, negara berideologi Komunisme yang mesti anti Liberalisme. Begitu juga di pihak negara yang pro-Liberalisme akan bersikap anti-Komunisme. Yang perjuangkan Komunisme, adalah Komunis. Yang perjuangkan Liberalisme pula adalah Liberal. Jadi, tak ada Liberalis Komunis.

Kelakar. Malu kokram. Sekian.

.

Masalah kedua, penulis silap fakta bahawa gerakan Komunis China lah yang menjatuhkan sistem beraja. Sedangkan Monarki China terakhir, Dinasti Qing dijatuhkan gerakan Tongmenghui yang asalnya gabungan kongsi-kongsi gelap sebelum menjadi sebuah gerakan politik yang melancarkan Revolusi Xinhai(1911 Revolution & Second Revolution).

Tokoh besar revolusi ini adalah Sun Yat Sen yang berideologi Nasionalis, bukan Komunis. Revolusi Xinhai inilah yang membawa kejatuhan sistem beraja China dan membentuk republik pada Januari 1912.

Parti politik yang menerima laba pemerintahan adalah Kuomintang, bukan Komunis.Komunis belum popular pada waktu itu di China. Hanya selepas 9 tahun sistem beraja China jatuh, barulah Parti Komunis China muncul.

Komunisme popular di China bila Rusia berjaya melakukan Revolusi Bolshevik 1917 dan mendirikan Kesatuan Soviet Rusia. Ya, itu pun selepas 5 tahun Dinasti Qing ditumbangkan di China. Soviet Rusia menghantar agen bernama Voitinsky ke China pada tahun 1920 untuk membantu gerakan-gerakan kecil Komunis untuk menjadi sebuah gerakan yang solid. Dengan bantuan agen Soviet, Parti Komunis China terbentuk pada tahun 1921.

Komunis hanya benar-benar popular pada 1940-an apabila Mao Zedong memimpin "Long March" dan memberontak ke atas kerajaan Kuomintang pula. Perang saudara meletus, Parti Komunis menang dan Kuomintang lari ke Taiwan(Republic of China) dan bertahan di situ.

Jadi susah nak hubungkan logik penulis "Komunis menghapuskan sistem beraja di China". Tak logik. Macam 1 + 1 jadi 4. Tepuk dahi. Seharusnya "Nasionalis Kuomintang menghapuskan sistem beraja".

Penulis sepatutnya beri contoh Revolusi Bolshevik di Rusia dengan ideologi Komunis cabang Leninisme yang berjaya jatuhkan sistem beraja Tzar pada tahun 1917. Itu pun bukan semua Komunis yang terlibat, kerana Komunis kelompok Menshevik bersikap kontra dengan Bolshevik.

Dalam masa yang sama, jelaskan kepada pembaca bahawa kedua-dua kelompok ini memang mempunyai visi penghapusan sistem beraja dan kelas kapitalis untuk mencapai masyarakat tanpa kelas. Bagi detail sikit, barulah seronok baca sejarah.

.

Masalah ketiga, penulis tiba-tiba melompat tentang insiden Tiananment 1989. Entah dari sudut mana ada hubungkait kejatuhan sistem beraja yang silap fakta tadi dengan protester Tiananment vs. Kerajaan Komunis China.

Untuk makluman, aksi protes ini bermula dengan mengangkat isu kecurigaan kematian bekas Sekretaris Jeneral Parti Komunis sendiri, Hu Yaobang. Dia ini bukan nak bawa China kembali kepada monarki pun, melainkan nak reformasi negara menjadi lebih demokratik.

Waktu itu adalah waktu aktif kerja-kerja saraf dan subversif Perang Dingin. Sementara itu, negara-negara blok Komunis sedang tumbang satu per satu pada hujung 80-an. Di negara-negara Komunis, agen-agen pro-Barat buat kerja propaganda tersendiri. Antara isi propaganda Barat yang masyhur adalah "Demokrasi".

Dalam konflik ini, ada kelompok protester yang desak kerajaan untuk kembali kepada "Three Principle of People", yakni prinsip politik Sun Yat Sen yang masih ditatang oleh Kuomintang. Lebih-lebih lagi media Barat sedang galak membuat liputan dan politikus Kuomintang di Taiwan menyampaikan solidariti.

Bagi Komunis, ini ancaman saraf dari Barat yang perlu ditumpaskan. Jadi Komunis bertindak membunuh protester dalam konflik ini supaya kuasa mereka tidak tergugat.

Boleh pula dia tutup "Kalau tidak kerana perjuangan pembebasan pelajar yang memakan korban... China masih kekal dengan belenggu ganas dan kejam". Habihtu sekarang Kerajaan China dah jadi budak baiklah selepas ramai protester mati?

.

Kesimpulannya, penulis dan Harakah tak ada kualiti. Ini baru satu perenggan. Kalau bergerak ke perenggan seterusnya dah macam merepek-repek.

Kita tahu niat penulis nak pertahankan sistem beraja tanahair. Tapi janganlah tunjuk sangat merepek itu. Tak perlu nak fitnah negara kapir, nanti depa masuk neraka juga. Bagi fakta, susun logik bagi umat pandai.

Ini pasal galak nak label orang lah ni. Sikit-sikit nak kata orang in Liberal, orang ini Komunis. Padahal sendiri tak tahu apa benda.

Saya harap Harakah letak orang lebih profesional, lebih-lebih lagi media ini lidah rasmi PAS. Kalau lidah rasmi tunggang langgang, jadi so called mujahid-mujahid cyber nak bergantung pada siapa?

Satu lagi cadangan saya, dalam usrah sila tambah konten sains politik. Nak arab-kan jadi Sains Siyasah pun arabkan sajalah. Asalkan ada dibincangkan "Spektrum Politik". Nanti bila ada ahli usrah nak menulis pasal ideologi politik, dia paham apa benda yang dia nak tulis.

Berbeza sungguh dengan Harakah 10 tahun dulu. Takkanlah dalam berjuta ahli PAS, tak ada seorang pun yang cerdik dan layak diberi posisi dalam Harakah? Dulu sejak sekolah saya kolektor Harakah tau.