MOHD MUKHLIS
TLDR masalah utama mereka ialah akal mereka telah di pajak pada
pimpinan. Jadi pemikiran kognitif mereka hanya terhenti pada perkara binari;
and nothing in between.
Sama ada syurga atau neraka
Khadam atau tuan,
Kafir atau Islam,
1 atau 0.
Tak payah cerita pasal nak suruh ahli berfikiran kritikal, kalau
ada yang banyak tanya soalan walaupun betul akan terus di cop lawan ulama,
khadam DAP ataupun liberal.
Penyelesaian untuk mereka ini hanyalah penyesalan di hari
kemudian, yang mana pemimpin berlepas diri dari jaminan dan pengikut memohon
azab dua kali ganda pada pimpinan yang jahat.
NAIM FAHMI
Masalah Harakah, mereka ada editor yang lemah. Masalah
penulis-penulis propaganda ini pula, kurang kefahaman sains politik, kurang
membaca dan daya intelektual yang lemah menyusun logik ayat.
.
Maaflah kalau agak panjang, saya sedikit bersemangat, overdose
kafein Mandheling sebelum imsak. Mari kita cerakinkan masalah satu perenggan
ini sahaja.
.
Pertama, mereka ada masalah mengenali kelompok bila telah
menulis "Liberalis Komunis". Dalam sejarah politik dan sains politik
tak wujud ideologi "Liberalisme-Komunisme". Tidak ada sebuah negara
pun dalam dunia ini yang ada ideologi itu.
Yang ada dalam sejarah, negara berideologi Komunisme yang mesti
anti Liberalisme. Begitu juga di pihak negara yang pro-Liberalisme akan
bersikap anti-Komunisme. Yang perjuangkan Komunisme, adalah Komunis. Yang
perjuangkan Liberalisme pula adalah Liberal. Jadi, tak ada Liberalis Komunis.
Kelakar. Malu kokram. Sekian.
.
Masalah kedua, penulis silap fakta bahawa gerakan Komunis China
lah yang menjatuhkan sistem beraja. Sedangkan Monarki China terakhir, Dinasti
Qing dijatuhkan gerakan Tongmenghui yang asalnya gabungan kongsi-kongsi gelap
sebelum menjadi sebuah gerakan politik yang melancarkan Revolusi Xinhai(1911
Revolution & Second Revolution).
Tokoh besar revolusi ini adalah Sun Yat Sen yang berideologi
Nasionalis, bukan Komunis. Revolusi Xinhai inilah yang membawa kejatuhan sistem
beraja China dan membentuk republik pada Januari 1912.
Parti politik yang menerima laba pemerintahan adalah Kuomintang,
bukan Komunis.Komunis belum popular pada waktu itu di China. Hanya selepas 9
tahun sistem beraja China jatuh, barulah Parti Komunis China muncul.
Komunisme popular di China bila Rusia berjaya melakukan Revolusi
Bolshevik 1917 dan mendirikan Kesatuan Soviet Rusia. Ya, itu pun selepas 5
tahun Dinasti Qing ditumbangkan di China. Soviet Rusia menghantar agen bernama
Voitinsky ke China pada tahun 1920 untuk membantu gerakan-gerakan kecil Komunis
untuk menjadi sebuah gerakan yang solid. Dengan bantuan agen Soviet, Parti
Komunis China terbentuk pada tahun 1921.
Komunis hanya benar-benar popular pada 1940-an apabila Mao
Zedong memimpin "Long March" dan memberontak ke atas kerajaan
Kuomintang pula. Perang saudara meletus, Parti Komunis menang dan Kuomintang
lari ke Taiwan(Republic of China) dan bertahan di situ.
Jadi susah nak hubungkan logik penulis "Komunis
menghapuskan sistem beraja di China". Tak logik. Macam 1 + 1 jadi 4. Tepuk
dahi. Seharusnya "Nasionalis Kuomintang menghapuskan sistem beraja".
Penulis sepatutnya beri contoh Revolusi Bolshevik di Rusia
dengan ideologi Komunis cabang Leninisme yang berjaya jatuhkan sistem beraja
Tzar pada tahun 1917. Itu pun bukan semua Komunis yang terlibat, kerana Komunis
kelompok Menshevik bersikap kontra dengan Bolshevik.
Dalam masa yang sama, jelaskan kepada pembaca bahawa kedua-dua
kelompok ini memang mempunyai visi penghapusan sistem beraja dan kelas
kapitalis untuk mencapai masyarakat tanpa kelas. Bagi detail sikit, barulah
seronok baca sejarah.
.
Masalah ketiga, penulis tiba-tiba melompat tentang insiden
Tiananment 1989. Entah dari sudut mana ada hubungkait kejatuhan sistem beraja
yang silap fakta tadi dengan protester Tiananment vs. Kerajaan Komunis China.
Untuk makluman, aksi protes ini bermula dengan mengangkat isu
kecurigaan kematian bekas Sekretaris Jeneral Parti Komunis sendiri, Hu Yaobang.
Dia ini bukan nak bawa China kembali kepada monarki pun, melainkan nak
reformasi negara menjadi lebih demokratik.
Waktu itu adalah waktu aktif kerja-kerja saraf dan subversif
Perang Dingin. Sementara itu, negara-negara blok Komunis sedang tumbang satu
per satu pada hujung 80-an. Di negara-negara Komunis, agen-agen pro-Barat buat
kerja propaganda tersendiri. Antara isi propaganda Barat yang masyhur adalah
"Demokrasi".
Dalam konflik ini, ada kelompok protester yang desak kerajaan
untuk kembali kepada "Three Principle of People", yakni prinsip
politik Sun Yat Sen yang masih ditatang oleh Kuomintang. Lebih-lebih lagi media
Barat sedang galak membuat liputan dan politikus Kuomintang di Taiwan
menyampaikan solidariti.
Bagi Komunis, ini ancaman saraf dari Barat yang perlu
ditumpaskan. Jadi Komunis bertindak membunuh protester dalam konflik ini supaya
kuasa mereka tidak tergugat.
Boleh pula dia tutup "Kalau tidak kerana perjuangan
pembebasan pelajar yang memakan korban... China masih kekal dengan belenggu
ganas dan kejam". Habihtu sekarang Kerajaan China dah jadi budak baiklah
selepas ramai protester mati?
.
Kesimpulannya, penulis dan Harakah tak ada kualiti. Ini baru
satu perenggan. Kalau bergerak ke perenggan seterusnya dah macam merepek-repek.
Kita tahu niat penulis nak pertahankan sistem beraja tanahair.
Tapi janganlah tunjuk sangat merepek itu. Tak perlu nak fitnah negara kapir,
nanti depa masuk neraka juga. Bagi fakta, susun logik bagi umat pandai.
Ini pasal galak nak label orang lah ni. Sikit-sikit nak kata
orang in Liberal, orang ini Komunis. Padahal sendiri tak tahu apa benda.
Saya harap Harakah letak orang lebih profesional, lebih-lebih
lagi media ini lidah rasmi PAS. Kalau lidah rasmi tunggang langgang, jadi so called
mujahid-mujahid cyber nak bergantung pada siapa?
Satu lagi cadangan saya, dalam usrah sila tambah konten sains
politik. Nak arab-kan jadi Sains Siyasah pun arabkan sajalah. Asalkan ada
dibincangkan "Spektrum Politik". Nanti bila ada ahli usrah nak menulis
pasal ideologi politik, dia paham apa benda yang dia nak tulis.
Berbeza sungguh dengan Harakah 10 tahun dulu. Takkanlah dalam berjuta ahli PAS, tak ada seorang pun yang cerdik dan layak diberi posisi dalam Harakah? Dulu sejak sekolah saya kolektor Harakah tau.