By
Aliran memandang berat pendedahan Ketua Polis Negara Hamid Bador
berkenaan campurtangan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di dalam
urusan anggota polis.
Campurtangan semberono memberi kesan kepada profesionalisme,
kemandirian serta integriti anggota polis – sebuah faktor yang menjadi duri
dalam daging bagi masyarakat kebanyakan.
Campurtangan Hamzah baru-baru ini melibatkan perlantikan baru
serta pemindahan pegawai yang dilakukan oleh Hamid merupakan sebuah perkara
yang perlu diberikan perhatian kerana ianya memberi kesan kepada
profesionalisme anggota polis.
Hamzah tidak sepatutnya mengetuai Suruhanjaya Anggota Polis bagi
memastikan ketelusan serta kemandirian pasukan polis.
Pasukan polis perlu berhenti dari menjadi perkakas politik bagi
kerajaan hari ini.
Melihat kepada keadaan sekarang, pendedahan awal Hamid berkenaan
wujudnya kartel di dalam pasukan polis sudah pun menggugat keyakinan terhadap
integriti anggota polis.
Kami menuntut kerajaan untuk menubuhkan sebuah inkuiri
suruhanjaya bebas diraja bagi melihat perkembangan serius serta penderaan,
keganasan serta kematian dalam tahanan.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Kami juga mendesak ditubuhkan secepat mungkin suruhanjaya bebas
aduan salah laku polis (IPCMC) yang sepatutnya sudah dilakukan bagi
memartabatkan integriti serta maruah pihak polis.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 Mei 2021
Terjemahan oleh Zikri Rahman