'Rakaman audio tunjuk betapa gundah-gulana pimpinan negara' - Anwar



Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpinan negara setelah gagal "mengugut" dan "merasuah" pemimpin pembangkang. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa melancarkan bilik operasi PKR di Selangor malam tadi.