PKR jangn nampak musuh di luar parti sahaja
MUSUH DLM SELIMUT MASIH RAMAI DI SELANGOR
Saya rasa ramai juga yg berharap agar DS Anwar membuat tapisan
sehalus halusnya kartel2 yg masih wujud dan berkeliaran di dlm PKR terutama di
negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan. Kebimbangan kita ada dua
sebab...samada MP atau DUN.
Di Selangor mereka mampu melakukan sabotaj terutama jika kerusi
DUN dgn kemenangan majoriti 10-15 DUN. Ramai di kalangan kita yg tahu bukan
sahaja Ketua Cabang tetapi ADUN2 di Selangor ramai berdarah kartel yg mereka
tidak 'lompat si katak lompat' kerana kerusi DUN tidak mencukupi utk mengubah
kerajaan negeri Selangor.
Begitulah MP2 di Wilayah Perseketuan pastikan tiada langsung
kartel yg wujud di sana menjadi calon. Ia sgt bahaya utk PH khasnya. Selangor
dan KL adalah lubuk kartel2 ini berkeliaran kerana mereka tahu pengundi bandar
berpihak kpd PH. Dgn kuasa yg ada dan kekayaan negeri Selangor byk projek2
boleh diminta.
Dari perbualan saya dgn org2 lama parti... mereka memberitahu
masih ramai kartel yg berpura pura setia bersama PKR kerana dua perkara. Arahan
dari 'bos' mereka agar stay dlm PKR kerana kedudukan mereka di dlm parti dan
kerajaan. Pulun selagi boleh pulun dgn kuasa yg ada. Kedua akn mensabotaj parti
selepas menang atas tiket PKR... musuh dlm selimut yg akn meruntuhkan kerajaan
Selangor.
Selangor sgt penting buat PKR. Runtuh kerajaan Selangor seolah
olah lumpuh sebelah kaki PKR. Jagalah Selangor dari kartel2 ini... mereka ada
virus perosak harapan rakyat. Kata kawan saya dlm masa 6-7 bulan ini ramai
kartel male and female mengadap DS.
Tanya saya... saya yakin DS Anwar kenal mereka itu. Cuma masa yg
sesuai sahaja utk Presiden kita bertindak. Sekarang bukan masa sesuai kerana
kita byk perkara lebih penting utk diharungi bersama.