PADA AKU INVOKE telah melakukan yang TERBAIK
utk gerakan kempen lebih awal sebelum PH. Kalau Invoke tak
bergerak lebih dulu, nak harap jentera kempen PH yg lambat panas? Lambat lagi.
Sama juga dgn GERAK98 dan Ezam. Mereka melakukan yg terdaya.
Ezam akhirnya memohon maaf secara terbuka kpd DSAI, Kak Wan dan famili. Selepas
ini apa pula alasan HATERS Ezam utk halang dan mencemuh dia dari meneruskan
usaha mempertahankan REFORMASI?
Firasat aku la...puak tu TIDAK akan berpuashati. Apa lagi nak
dibelitkan demi memuaskan nafsu amarah dan rasa benci mereka?
Kalau mcmni cara fikir kita, maka agenda Reformasi akan
diperjuangkan oleh segmen-segmen yg tidak bersatu padu. Hgpa agak Allah akan bg
kemenangan pada kumpulan yg punya MATLAMAT REFORM YG SAMA tapi berpecah belah
begini?
Aku percaya dgn apa yg bro Wfauzdin Ns kata : "Kebanyakan
yang tidak suka melihat orang lain bergerak adalah mereka yg malas bergerak.
Kebanyakan yang suka menuduh orang lain ada kepentingan diri, hakikatnya mereka
lah yang ada kepentingan diri".
Wallahualam
- Zus Din
07 April 2021