SURAT TERBUKA
DEBAT TERBUKA
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 21/03/2021
( 1 - 17 )
1. Pada 2hb Mac saya telah mengirim sepucuk surat kepada Muhyiddin Yassin di 2 alamat; satu di Pejabat Rasmi beliau dan salinannya ke rumah beliau di Bukit Damansara.
2. Surat yang bertarikh 1hb Mac itu yang dihantar melalui Pos Lajù ialah berhubung DEBAT TERBUKA di antara beliau dan Tun Dr. Mahathir.
3. Bagi memastikan beliau terima dan membacanya sekali lagi surat tersebut di hantar ke kedua - dua alamat tersebut bertarikh 8hb Mac 2021; kali ini saya menggunakan khidmat penghantaran GDexpress.
4. Mengikut rekod dari kedua - dua Syarikat Perkhidmatan Penghantaran tersebut surat tersebut SUDAH pun dihantar dan diterima.
5. Walaupun 15hb Mac adalah tempoh jawapan yang diberi namun ianya dipanjangkan lagi hingga ke hari ini Ahad 21hb Mac 2021.
6. Sambungan tempoh jawapan ini bagi memberi peluang atau masa yang secukupnya untuk beliau BERFIKIR dan MEMBUAT KEPUTUSAN.
7. Dengan keengganan beliau memberi jawapan, ini jelas membuktikan beliau adalah seorang PENGECUT dan PENAKUT berhadapan dengan kenyataan sebenar.
8. Ini juga membuktikan beliau TIDAK PEDULI apa pandangan atau persepsi rakyat terhadap beliau asalkan beliau boleh terus berada di tempat yang diambilnya melalui RAMPASAN KUASA dan menubuhkan KERAJAAN PINTU BELAKANG dengan sokongan musuh utama beliau, UMNO dan PAS.
9. Terlalu banyak komen mengatakan AMAT MUSTAHIL BELIAU BERANI berhadapan Tun sedangkan berhadapan dengan wartawan - wartawan tempatan pun tak berani.
10. Inilah nasib rakyat Malaysia yang berketuakan seorang PENIPU dan PENYAMUN yang HANYA GILA KUASA tapi senantiasa hidup dalam ketakutan.
11. JIKA RAKYAT BOLEH BUANG UMNO / BN rakyat juga PASTI akan buang Kerajaan yang ada ini.
12. Apabila hilang kuasa, ketika itu KATAK - KATAK YANG MELOMPAT akan bersuara, justeru TUNGGULAH masanya akan sampai menghadapi segala kuasa undang - undang yang sedia ada.
13. Sekarang ini berbagai cara atau taktik digunakan sama ada menggunakan kekerasan, ugutan atau jutaan ringgit bagi tujuan MEMBUKTIKAN bahawa Kerajaan beliau sudah punyai cukup sokongan untuk TERUS bertakhta.
14. Seperti yang dijanjikan, artikel ini disertakan salinan SURAT ASAL saya kepada beliau bertarikh 1hb Mac 2021 sebagai tatapan bersama.
15. JANGANLAH JADI AYAM JANTAN YANG HANYA TAHU BERKOKOK TAPI EKORNYA BERLUMURAN NAJIS.
16. Semoga ALLAH SWT Menerima doa orang yang TERPALIT dengan berbagai kesalahan dan kehinaan.
17. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.
Wassalam
Terima Kasih.