MOHD MUKHLIS
Wahai jiwa yang di zalimi dan di hukum seberat-beratnya kerna
langgar SOP tetapi VIP bebas dan di kecuali hukuman,
Wahai 700 ribu pekerja yang di buang kerja tetapi anak menantu
Menteri membilang rasywah 1.2Billion
Wahai anak-anak miskin yang tidak dapat belajar kerana menteri
tipu kata mahu bagi laptop percuma sedangkan pinjaman,
Wahai marhaen yang di denda dan di penjara mencari sesuap nasi
tapi VIP boleh berkumpul sesuka hati,
Wahai perantau yang terpaksa bayar beribu kos kuarantin hotel,
tapi menteri tidak payah ikut SOP,
Wahai peniaga yang terkesan jualan kurang, tapi duta menteri
timur tengah sibuk membilang elaun tanpa perlu kerja,
Wahai rakyat yang tertipu di sebalik wayang kerajaan melayu
Islam sertuan Mutfi.
Ketahuilah ini adalah bukti keratan yang akan di gantung pada
leher penjamin al-ghadr di hari akhirat. Di hari setiap yang menjamin pasti
akan di tanya tentang apa yang di jamin. Hari sama yang mana setiap yang
dijamin pasti akan menagih janji dari penjamin.
Wahai Allah yang Maha Adil.
Aku bersaksi yang pengkhianatan ini adalah hasil dari
tangan-tangan dan lidah yang menghalalkan pengkhianatan; Yang sanggup menjual
ayat-ayat Mu demi secebis habuan dunia, Yang bersangka buruk dengan kerajaan
yang sah.
Kini Engkau timpakan ujian buat kami semua walau kami tidak
pernah redha dengan pengkhianatan ini. Lagi banyak ujian Mu buat mereka, lagi
angkuh mereka bermaksiat & istidraj terhadap Mu.
Judi jadi dua kali lipat, kelab malam beroperasi lebih lama dari
Masjid mu, Hudud Mu hanya jadi mainan untuk dapat kuasa.
Wahai Tuhan Timur Dan Barat, bantulah kami yang di zalimi oleh
pemimpin yang korup dan agamawan yang jahat, Sesungguhnya, Engkau adalah
sebaik-baik pembalas.
"la illa hailla anta subhanaka inni kuntu minaz
zalimin"