Pada aku la...biarkanlah puak politik hijau yg takut mati tu
berebut2 ambik vaksin dulu. Depa nak Pfizer kot, tu yg sanggup potong que?
Atleast kalau ada "side effect" atau "adverse
effect" depa "jalan" dulu selamat negara ni..
- Zus Din
28 February 2021
************
Dari FB wall Dr. Arisman, MD....
Kelmarin isu kuarantin 3 hari, sekaran isu vaksin kepada
"para pemimpin" pula.
Patutlah saya dan sahabat2 dari sektor swasta kemungkinan besar
takde dalam senarai fasa pertama pemberian vaksin Covid-19 ini..
Rupanya ada frontliner atau "PETUGAS BARISAN HADAPAN"
lain lagi yang perlu dilindungi dan lebih diutamakan kerana
"kepenatan" dan "usaha" mereka yang tak henti2 dalam
membantu peperangan Covid-19 ini berbanding kami. Akhirnya dijawab sudah..
Kasihan mereka petugas kesihatan di sektor swasta. Beban
bertambah kerana dipaksa merawat limpahan pesakit Covid-19 akibat keegoan,
kesombongan dan pentingkan diri para politaik pada PRN lepas.. sekarang pula
mereka di"anak tirikan".
Politaik ada dimana-mana.
Kesihatan atau pendidikan, masing-masing tidak terlepas dari
najis politik Malaysia. Setuju?
Mana janjimu wahai Khairy Jamaluddin KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA Noor Hisham Abdullah ?
Sedih.
https://harakahdaily.net/.../pemimpin-pas-pahang-antara.../