Sepuluh (10) bulan telah berlalu di mana semua tanggungjawab
kesihatan berkenaan covid-19 dibebankan kepada perkhidmatan kesihatan awam KKM
dan pihak kesihatan swasta berlepas tangan tanpa prihatin.
Tanpa proklamasi darurat memanglah akan terus kekal pihak swasta
berlepas tangan. Pihak Insuran lagi awal berlepas tangan.
Kini setelah diarahkan bertanggung jawab pada kadar minima 10%
pun pihak kesihatan swasta memberikan macam-macam alasan dan songel.
Nampak sangat selama ini pihak kesihatan swasta hanya pentingkan
duit dan untung semata-mata tanpa obligasi kesihatan seperti mana dalam
akujanji perkhidmatan kesihatan mereka dahulu.
Siapa disebalik perkhidmatan kesihatan swasta ini? Siapa
sebenarnya mereka? Bagaimana mereka mengambil kesempatan atas kenaifan
warganegara Malaysia.
Konon perkhidmatan mereka
terbaik
dan professional katanya tapi dalam realiti mereka dengan
selambanya memindahkan beban risiko kepada perkhidmatan kesihatan awam setiap
kali ada kes.
Sembang ja semuanya ni...
Nanti ada masa gua akan dedahkan satu-satu modus operandi
perkhidmatan kesihatan swasta ini... yang kuat sangat sembang konon mereka
lebih baik dari perkhidmatan kesihatan awam.
Tunggu...