BOB KELANANG
Aku tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan
awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai
fasiliti Covid-19... walaupun aku belum lagi pergi ke sana... tapi sebelum
waktu wabak lagi aku pernah pergi ke sana...
Teringat lagi aku keadaan hospital medan semasa Perang Balkan...
bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ada... nasib baik
la masa tu xder wabak yang menyerang... wabak Ebola pun belum ada lagi masa
tu...
Jadi bila mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti
yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak
Covid-19 dengan bebanan serta tekanan bekerja di bawah kemudahan yang tidak
lengkap... tentunya aku terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia di bawah
pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3
dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.
Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak
RM35.4 juta ni pada aku selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita
gunakan untuk tambah baik kemudahan hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan
kes wabak Covid-19... pada aku ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini
lebih mendesak...
Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen
Pagoh ini... kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada
dalam peruntukan Bajet Pembangunan sedia ada... tapi apa salahnya kita tangguh
dulu DAN gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...
Nyawa lebih penting... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan
awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun
mental... mereka perlu kita tangani awal... jangan sampai sudah membarah DAN
kronik...
Gunalah otak untuk fikir...
Sila baca luahan hati mereka di sini... https://m.malaysiakini.com/news/559276
Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....