NAIK TAPI KADAR RENDAH...BODO PIANG..YANG NAIK TU TETAP NAIK LA LEBAI...
BOB KELANANG
Ekoran kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak
masak dan bawang, orang ramai mula membuat aduan dan meluahkan rasa tidak puas
hati di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP).
Melalui Facebook rasmi KPDNHEP, agensi itu menafikan wujudnya
pencatutan harga barang terutama harga minyak masak seperti yang dilaporkan
seorang pengadu yang menggunakan nama FB Kemah Keming.
Penafian itu bagaimanapun mengundang kemarahan pengguna lain
yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana sememangnya wujud kenaikan harga
minyak masak.
Pengadu mendakwa wujudnya kenaikan harga minyak masak melebihi
pasaran semasa iaitu lebih RM27 di pasaraya Tunas Manja, Kuala Rompin.
Salah seorang pengguna turut menyertakan harga minyak masak yang
mengenakan harga sehingga RM27.75 untuk minyak jenama Saji 5kg.
“Aku ambil gambar ini kat Aeon Big Alamanda. Hari jumaat sebelum
PKP kot aku ambil ini. Lebih RM27. Harga di Aeon Big mesti lah sama satu
Malaysia,” tulis Ashraff Daniel.
“Mydin semalam minyak Saji dan Alif pun RM27++,” kata pengguna
lain.
Ada juga yang meminta pegawai KPDNHEP melakukan semakan di
Taiping kerana berlakunya pencatutan dengan harga yang melambung.
Biarpun penjelasan sudah diberikan, namun para pengguna
menganggap KPDNHEP tidak memantau harga barangan asas sehingga harga barang
naik mendadak.
“Pasaraya Terengganu tak nak check ke. Kelmarin beli minyak cap
Buruh 5kg RM24.99,” tulis Mohd Mustaqim.
Seorang lagi pengguna, Faiz JoYs menyertakan gambar minyak
jenama Buruh 5kg yang dijual dengan harga RM24.50 di pasaraya 99 speedmart.
Menurut KPDNHEP, harga semasa minyak Buruh ialah RM22.99
berbanding harga dahulu yang tidak dinyatakan tahun bila, iaitu RM20.99
Bagi minyak Saji, harga semasa (RM26.99), berbanding harga
dahulu (RM25.99). Harga semasa minyak Seri Murni (RM22.99), harga dahulu
(RM22.70)
Harga semasa Vesawit (RM25.99), harga dahulu (RM23.99). Manakala
Neptune Lite pula berharga (RM22.99) berbanding harga dahulu (RM21.50).
Sementara itu KPDNHEP memberitahu, minyak masak botol termasuk 5kg
adalah tidak dikawal dan dipengaruhi harga minyak sawit di pasaran dunia serta
tidak disubsidi oleh kerajaan.