Kita lawan bila lawan mampu melawan
SENI POLITIK...KENAPA MAHATHIR SERANG ANWAR?
NORMAN RADZUAN
Bukan saya ingin menunjuk nunjuk atas doa kebaikan kpd Hamzah
Zainuddin. Ia ikhlas dari hati saya walaupun pengkhianatan dilakukan kpd rakyat
itu sgt kejam. Bagi saya itu urusan antara dia dgn Allah. Tapi bila dia sakit
saya kena doakan. Bila dia sihat kita berlawan hujah kembali dgnnya.
Seperti skg saya sakit... tersentuh hati apabila ramai sahabat
FB yg mendoakan kesihatan saya. Ramai juga yg PM memberi petua dan ubatan yg
perlu dibeli. Malah ada yg bersusah payah mencarikan daun tradisi utk mengubati
penyakit saya. Jadi bila kita sakit bukan sahaja kwn tapi yg memusuhi saya juga
dpt doakan yg baik2 utk saya...
Dari pengalaman, pembelajaran dan pembacaan byk mengajar saya.
Kalau sukar kita memaafkan seseorang itu jiwa rasa tak tenteram. Sb itu pada
rakan2 tak perlu minta maaf pada saya. Selalu saya bercakap dgn Tuhan saya
maafkan kesalahan org lain. Jika saya tidak tahan provokasi... saya unfriend
sahaja.
Kisah memaafkan musuh ini saya byk belajar dari Sultan Salahuddin
Al Ayubbi. Ketika perang Salib berlaku, apabila Salahuddin mendengar Ketua
Peperangan musuhnya,King 'Richard The Lionheart' sakit, Salahuddin mengarahkan
genjatan senjata serta merta.
Salahuddin telah menghantar seorang Tabib ( ada buku meriwayatkan
Salahuddin yg dtg merawat sendiri King Richard) merawati musuhnya itu sehingga
sembuh. Kata Richard selepas pulang ke England," Hari ini kita tewas
bukannya kerana kekuatan tentera Islam tetapi kerana kekuatan akhlak yg ada
pada diri Salahuddin Al Ayubbi." Jadi ingat nilai akhlak itu penting.
Beberapa minggu yg lalu saya diserang oleh penyokong sebuah
parti agama dgn kata2 yg mengaibkan saya sehingga memfitnah... ketika itu
pelbagai serangan kpd beliau... mungkin tidak tahan dgn serangan dan mahu mengambil
tindakan undang2 kpdnya, insan ini PM saya memohon kemaafan.
Ketika itu di wall, dia diserang bertali arus. Jadi saya minta
dia block saya dari terus diserang. Akhirnya dia ingin bersilaturahim. Itu satu
kemenangan buat saya dari seorang membenci saya, kini bersilaturahim.
Pagi ini bukan nak cerita kebaikkan saya tapi dlm politik kita
kena bijak. Saya byk belajar dari DS Anwar Ibrahim. Bagaimana Anwar begitu
mudah memaafkan musuh2 politiknya terutama manusia bernama Tun Mahathir.
Politik ini sebenarnya unpredictable. Hari dia musuh nombor
satu, esok lusa belum tentu. Ketika ini saya sgt kecewa dgn mereka yg percaya
kpd Mahathir. Mereka lebih percaya Mahathir dikhianati oleh Muhyiddin
berbanding Mahathir mengkhianati Anwar. Sebab sandiwaranya sgt hebat.
Hanya mereka yg memahami seni politik faham jika melihat trilogi
kejadian. Mahathir kata dia dikhianati Muhyiddin tetapi mengapa dia lebih kerap
menyerang Anwar berbanding Muhyiddin. Dia tidak menyerang Azmin dan Hishamuddin
sdgkan kedua insan ini adalah mastermind pengkhianatan.
Ini kerana Muhyiddin adalah PM yg ada 'expired date' baginya.
Tapi Azmin dan Hishamuddin adalah generasi seterusnya yg akan menentukan masa
depan politik anaknya. Yg peliknya, 'Salahuddin Malaysia' melihat Mahathir
dikhianati oleh Azmin Ali. Pemikiran yg sgt cetek tentang ilmu politik.
Dlm buku karya peperangan China berjudul Thirty Six Strategies
ada satu strategi peperangan dinamakan 'Serang Wei utk selamatkan Zhao.'
Maksudnya apabila musuh sgt kuat utk diserang, maka seranglah kesayangan musuh.
Siapa mereka yg menjadi kesayangan atau ikonik perjuangan
reformasi? Tubuh itu tentulah Anwar Ibrahim. Strategi Mahathir melemahkan apa
yg disayangkan oleh penyokong dan pendokong Reformasi. Kononnya menyerang
Muhyiddin tapi sebenarnya mahu memusnahkan Anwar.
Sebab itu dia mesti membina keyakinan rakyat dgn memburukkan
imej Anwar saban bulan. Dulu seks, skg gila kuasa, tak mahu kerjasama dgnnya,
desak dia letak jawatan dan mcm2 fitnah lagi. Sebenarnya Mahathir tiada niat
mahu jadi PM pun. Mahathir sekadar mahu memecah belahkan dari kepimpinan hingga
ke penyokong PH.
Perasan tak yg sibuk menyerang Anwar ketika ini adalah Mahathir,
Mukhriz dan Azmin. Bukannya Muhyiddin Yassin. Jadi fikir2kanlah sendiri kenapa?
Sepatutnya Mukhriz saban malam mestilah menyerang Azmin dan Muhyiddin kerana
dah tentu mereka itu pemerintah dan Mukhriz pembangkang.
Kisah strategi PN ini kita bualkan dlm isu yg lain.