AKIBAT BONGGOKNYA AHLI PARLIMEN UMNO

 

HAMDAN TAHA

Saya ni kira kira ni tak pandai dan bukan orang bijak pula tu. Tapi sebab mak dan ayah ada hantar ke sekolah jadi setakat nak buat kira kira nombor sampai 220 tu insyaAllah boleh laaaaa...

Ramai orang buat kira kira kerajaan PN ni dah jatuh kerana tak cukup mejoriti mudah kerana ada tiga ahli parlimen umno telah buat kenyataan tak sokong tan sri muhyuddin. Satu bab yang ni...

Jika perkiraan undi di ambil dari pembentangan burget itu hari PN dapat 111 maka tolak 3 dah jadi 108. Jika itu perkiraannya betul jatuh Tan Sri Muhyuddin dan Kerajaannya. Ini pertimbangam saya ialah kerajaan PN bukan Jawatan PM...

Tetapi perkiraan Duli Yang Di Petuan Agung semasa melantik Tan Sri Muhyuddin bukan jumlah MP tapi ikut jumlah parti politik yang memberi sokongan. Jika itu asasnya maka Tan Sri dan PN masih Kekal menjadi Kerajaan kerana Umno dan Bn kekal memberi sokongan pada PN belum ada kenyataan dari Umno Dan Bn menarik sokongan.

Lagi pula di sebelah pembangkang tidak boleh di ambil kira jumlah undi yang mereka dapat semasa undi budget di buat. Kerana itu undi untuk tujuan protes sahaja. Jika undi memilih PM di buat kita juga tidak pasti siapa yang di pilih kerana di sebelah pembangkang juga mempunyai tokoh tokoh yang tidak solid. Tun M dengan satu pasukan, Dato seri Anwar dengan pasukan yang lain. Jika PH lain jumlahnya,tapi jika undi individu MP belum tentu undi PH semua akan berpihak ke Anwar Ibrahim seperti mana Tan Sri Muhyuddin juga di Dalam PN...

Selagi umno kekal menyokong dan tidak membuat kenyataan menarik sokongan bagi saya mejoriti masih ada pada Tan Sri Muhyuddin....saya bukan buat ulasan ini kerana suka dan nak mempertahankan Muhyuddin tapi sekadar pandangan saya sahaja...

Silapnya MP umno yang sekarang ini buat kenyataan menarik sokongan terhadap muhyuddin tidak ambil sikap terpuji semasa sidang parlimen dalam undi budget....Ku Li tak datang....Nazri dan Jazlan angkat tangan sokong...jadi nak kata apa....Kabinet ini masih ada kekuatan dan jangka hayat kerana budget dah lulus...darurat pun dah lulus....makanya setakat boleh jerit jerit luar padang jer lah nampaknya....

Walaupun darurat sekarang ini tapi jika umno buat keputusan sebagai parti tarik sokongan sekarang kita tak tau pula apa akan jadi....Agung pun manusia ada berani ada takut dan ada pertimbangan dan ada maklumat....walaupun dia berat sebelah tapi dia telah buat keputusannya....

Allahulam