ADAKAH ANWAR MENGEMIS SOKONGAN UMNO ?

 

Ramdan jamari

 

Tengah tunggu keputusan MT ke tu? Baik tidur je lah. Tak ada apa pun. Keputusan sama je. Btw DSAI tak pernah mengemis sokongan UMNO, itu fakta. Tapi UMNO sangat berharap dengan DSAI untuk jatuhkan kerajaan PN aka pengkhianat. 

UMNO berada di persimpangan jalan. Kanan, kalau bersama PKR dan DAP, pasti UMNO akan berpecah teruk. Kiri, kalau masih kekal dengan BERSATU, alamatnya terkuburlah UMNO. Bagaimana pula dengan penyokong PH? Adakah semua penyokong PH akan sokong PH bersama dengan UMNO? Ada 3 kelompok dalam PH.

Kelompok satu : boleh menerima perubahan dan politik baharu, asalkan PH yang mengetuai kerajaan. Kesan daripada politik baharu ini, melayu tidak lagi perlu takut dengan DAP terutama melayu luar bandar. Isu perkauman tidak lagi menjadi teras utama mereka. Kelompok ini lebih cenderung kepada DSAI berbanding mahathir. Bg mereka lebih baik beri peluang kpd UMNO berbanding mahathir yg telah byk diberi peluang tapi sangat menghampakan dan jelas terbukti menjadi punca kapada krisis yang tidak ada kesudahan. Kelompok ini lebih terbuka mindanya. Bg mereka, bukan semua UMNO jahat dan bg soal 'kluster' mahkamah biarlah hakim menentukan tanpa sebarang campur tangan. Kelompok ini, tidak lagi percaya kepada mahathir. Berdasarkan pengalaman dan track record, selagi hayat DSAI dikandung badan selagi itu DSAI perlu diangkat menjadi PM.

 

Kelompok dua : sebahagian pro mahathir, tidak boleh menerima UMNO. Bg mereka UMNO tidak boleh dipercayai, ibarat kata bg mereka pintu taubat sudah tertutup buat UMNO. Bg mereka jugak, UMNO adalah sejahat manusia yg tidak akan berubah buat selamanya. Kelompok ini rigid dan tidak boleh menerima perubahan. Menutup pintu rundingan dgn UMNO. Kelebihan yg ada kelompok ini, membina kekuatan sendiri dan sgt berhati-hati dgn tipu helah UMNO. Dan sebahagian kelompok ini benci DSAI. Apa yg mereka fikir dan yakin, terima UMNO sama dgn terima penyamun, walaupun bukan semua UMNO penyamun.

 

Saya berada di kelompok mana? Saya kelompok yang pertama tp berbeza sedikit pandangan iaitu sy lebih suka PN terus mentadbir sampai habis penggal. Sbb tindak tanduk Bersatu dilihat bercita-cita utk kuburkan UMNO sebelum PRU15. MUSTAHIL UMNO akan kerjasama dgn DAP sampai bila-bila. Sy pegang yg ini.