Menteri digesa perjelas penamatan kemudahan jurnal perpustakaan UiTM

 


 PENTADBIR


Kami dimaklumkan bermula Januari 2021, perkhidmatan HeinOnline dan JStor telah pun ditamatkan oleh Perpustakaan UiTM seluruh negara yang mana akses kepada jurnal ini merupakan salah satu sumber rujukan mahasiswa dan tenaga pengajar UiTM.

Kami juga difahamkan bahawa penamatan ini mungkin disebabkan kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh UiTM. Adakah kekangan ini berpunca daripada pengurangan peruntukan Kerajaan sebanyak RM 129 juta kepada UiTM yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021? Jika benar, maka alasan ini tidak boleh di terima memandangkan UiTM merupakan salah satu universiti awam yang utama di Malaysia.

UiTM memiliki 35 cawangan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada lebih 300,000 pelajar. Oleh itu, kemudahan pembelajaran dan penyelidikan ini tidak boleh dipandang enteng apatah lagi ditamatkan begitu sahaja.

Selaku alumni UiTM, kami mahukan kualiti pendidikan dan kemudahan yang disediakan oleh UiTM selama ini tidak dikompromi malah perlu ditambah baik demi kelangsungan pendidikan anak bangsa serta menjadikan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia.

Oleh itu, kami menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran UiTM dan Menteri Pengajian Tinggi dengan kadar segera.

Kenyataan Bersama Oleh:

1. Nor Miswary bin Ramli

Setiausaha DAP Cawangan Shah Alam

Alumni UiTM Shah Alam

2. Farhan Haziq bin Mohamed

Setiausaha DAPSY Damansara

Alumni UiTM Shah Alam

3. Muhammad Khairil Khalid

Pengerusi Cawangan DAP Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

4. Ahmad Afiq bin Jumhuri

Setiausaha Publisiti Cawangan DAP Kampung Tunku – SS1

Alumni UiTM Negeri Sembilan

5. Nur Rahim Bin Nasir

Setiausaha Mahasiswa Roket

AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1

Alumni UiTM Pahang

6. Aslam Ramli

AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1

Alumni UiTM Melaka

7. Muhamad Rahimi Raduan

Setiausaha Cawangan DAP Kiara

Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam

Alumni UiTM Shah Alam

8. Danish Zainudin

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Melaka

Alumni UiTM Negeri Sembilan

9. Athari bin Bahardin

Ahli DAP Cawangan Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

10. Mohamed Yazzer Azzad bin Zainudin

Ahli DAP Cawangan Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

11. Nurhadi Zainol

Bendahari DAPSY Damansara

Alumni UiTM Shah Alam

12. Muhammad Shahrul Bin Shahabudin

Naib Setiausaha DAP Kubu

Alumni UiTM Shah Alam