Ramdan jamari
Tengah tunggu keputusan MT ke tu? Baik tidur
je lah. Tak ada apa pun. Keputusan sama je. Btw DSAI tak pernah mengemis
sokongan UMNO, itu fakta. Tapi UMNO sangat berharap dengan DSAI untuk jatuhkan
kerajaan PN aka pengkhianat.
UMNO berada di persimpangan jalan. Kanan,
kalau bersama PKR dan DAP, pasti UMNO akan berpecah teruk. Kiri, kalau masih
kekal dengan BERSATU, alamatnya terkuburlah UMNO. Bagaimana pula dengan
penyokong PH? Adakah semua penyokong PH akan sokong PH bersama dengan UMNO? Ada
3 kelompok dalam PH.
Kelompok satu : boleh menerima perubahan dan
politik baharu, asalkan PH yang mengetuai kerajaan. Kesan daripada politik
baharu ini, melayu tidak lagi perlu takut dengan DAP terutama melayu luar
bandar. Isu perkauman tidak lagi menjadi teras utama mereka. Kelompok ini lebih
cenderung kepada DSAI berbanding mahathir. Bg mereka lebih baik beri peluang
kpd UMNO berbanding mahathir yg telah byk diberi peluang tapi sangat
menghampakan dan jelas terbukti menjadi punca kapada krisis yang tidak ada
kesudahan. Kelompok ini lebih terbuka mindanya. Bg mereka, bukan semua UMNO
jahat dan bg soal 'kluster' mahkamah biarlah hakim menentukan tanpa sebarang
campur tangan. Kelompok ini, tidak lagi percaya kepada mahathir. Berdasarkan
pengalaman dan track record, selagi hayat DSAI dikandung badan selagi itu DSAI
perlu diangkat menjadi PM.
Kelompok dua : sebahagian pro mahathir, tidak
boleh menerima UMNO. Bg mereka UMNO tidak boleh dipercayai, ibarat kata bg
mereka pintu taubat sudah tertutup buat UMNO. Bg mereka jugak, UMNO adalah
sejahat manusia yg tidak akan berubah buat selamanya. Kelompok ini rigid dan
tidak boleh menerima perubahan. Menutup pintu rundingan dgn UMNO. Kelebihan yg
ada kelompok ini, membina kekuatan sendiri dan sgt berhati-hati dgn tipu helah
UMNO. Dan sebahagian kelompok ini benci DSAI. Apa yg mereka fikir dan yakin,
terima UMNO sama dgn terima penyamun, walaupun bukan semua UMNO penyamun.
Saya berada di kelompok mana? Saya kelompok
yang pertama tp berbeza sedikit pandangan iaitu sy lebih suka PN terus
mentadbir sampai habis penggal. Sbb tindak tanduk Bersatu dilihat bercita-cita
utk kuburkan UMNO sebelum PRU15. MUSTAHIL UMNO akan kerjasama dgn DAP sampai
bila-bila. Sy pegang yg ini.