TH jual aset kenapa Pas membisu?
Pada Julai lalu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama kerajaan tebuk atap PN menyebut jualan ladang TH Plantation dizaman PH memerintah akan dikaji dan kemungkinan dibatalkan. Maka bertempik sorak dan bertepuk bertamparlah lebai-lebai dan pejuang Melayu kerana gembira berpeluang menyerang PH dan memburukkan Mujahid. PH & Mujahid dilihat menjual harta umat Islam dan PN pula adalah penyelamatnya.
Sekarang setelah 11 bulan memerintah bukan sahaja jualan dulu diteruskan bahkan ditambah pula jualan ladang-ladang baru yg akan diselesaikan dalam tempoh setahun. Menurut TH, pelaburan dalam Bumi Suria Ventures, Maju Warisanmas, TH PELITA Meludam, TH PELITA Beladin, TH PELITA Simunjan, TH PELITA Gedong dan TH PELITA telah dikenal pasti sebagai aset pegangannya untuk dijual dan menjangkakan langkah pelupusan aset itu selesai dalam tempoh setahun nanti.
Di mana lebai-lebai dalam isu ini? Di mana penjelasan Timb Menteri Agama dan kelantangan suaranya mempertahankan harta umat Islam ? Inilah orang panggil apa yg kita buat semuanya halal. Apa yg orang lain buat haram belaka kecuali jika mendapat restu kita. Kharban ! Kharban…. Bekecek sajo…