HAMDAN TAHA
Berkaitan daging import yang menjadi viral semenjak dua menjak
ni. Sebenarnya perkara seludup makanan tidak halal di malaysia ni bukan baru
berlaku tetapi dah lama dan ianya akan terus berlaku selagi ada pegawai yang
terlibat dengan rasuah....maklum lah manusia..
Tetapi setahu saya yang di bawa masuk ke dalam negara kita ini
lebih kepada ekor lembu,paru,perut dan bahagian dalaman lembu. Daging lain
kurang di bawa masuk terutama dari china peru dan negara negara lainnya kerana
harga daging ni mahal dan tidak boleh lawan harga daging dari india yang murah.
Setahu saya daging dari brazil agentina dan cina sama sahaja mahal seperti
daging dari NZ dan Australia.....
Tetapi ekor lembu dan part dalaman lembu bukan soal mahal tetapi
keperluan yang tinggi oleh rakyat malaysia. Kebetulan perut lembu ekor lembu
pula bukan makanan utama di negara negara tersebut termasuk tulang rusuk
lembu....
Isi ayam juga antara yang di seludup dari cina dan negara negara
tertentu kerana malaysia tidak banyak mengeluarkan isi ayam tidak bertulang. Di
sebabkan semua restoran hotel dan kedai kedai tom yam memakai dengan banyak isi
ayam maka pemintaan tinggi dan tidak mencukupi. Contoh restoran anak saya buat
chiken butter sudah tentu isi ayam. Chiken chop...kita akan cari keluaran
tempatan seperti ayam amas,pts dan beberapa jenama lagi. Tapi ada yang lebih
murah adalah datangnya dari thailand.....tapi cop halal dia hanya cop
sahaja....
Tetapi kedai tom yam yang di milik orang petani di malaysia dia
akan pakai isi ayam yang konon datang dari thai,ekor lembu wajib tidak kisah
datang dari mana....perut lembu...paru...dan semua jenis isi dalam kerana kedai
kedai tom yam lah yang pandai makan makanan ini....mereka tak kisah pun tentang
halal atau tidak....
Ini lah yang saya tahu serba sedikit....daging pula jarang di
bawa masuk kerana tak mampu nak lawan harga daging halal dari india....