1) Pertandingan Miss Plus World kali pertama diumumkan untuk
pendaftaran pada Ogos 2020. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk
muslimah.
PAS berdiam diri.
2) Pertandingan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur, di bawah
pentadbiran Menteri Wilayah, TS Annuar Musa.
PAS berdiam diri.
3) September 2020, diumumkan 14 Finalis Miss Plus World.
PAS masih berdiam diri.
4) Minggu lepas, berlegar di media sosial poster pertandingan
ratu cantik Miss Plus World, netizen mula mempersoalkan apa tindakan PAS.
PAS dah mula menggelabi.
5) Akhirnya pada 19 Disember, YADIM yang dikepalai oleh Tantawi,
mula bersuara membantah pertandingan Miss Plus World.
Penyokong PAS mula bertakbir, dalam masa yang sama
Menteri-menteri PAS masih berdiam diri.
6) 21 Disember, giliran Muslimat PAS pula suarakan bantahan.
Muslimat PAS kata ia eksploitasi wanita.
Lalu para ukhti PAS pula bertakbir, Menteri Wanita PAS relaks je
tak kata apa.
7) 22 Disember, Pemuda PAS umum mahu jumpa penganjur, mahu
runding mengenai pertandingan ratu cantik itu.
Penyokong makin kuat bertakbir dengan harapan Pemuda PAS akan
berjaya menghalang pertandingan ratu cantik itu.
8) 23 Disember, akhirnya Pemuda PAS bertemu di meja rundingan,
dan selepas berunding Pemuda PAS bersetuju pertandingan ratu cantik diteruskan
dengan syarat tukar nama.
Penyokong PAS jadi kelu, keliru nak bertakbir lagi ke tak sebab
semalam kata bantah hari ni benar pula.
9) Lantas Ketua Pemuda PAS tulis artikel dan disiarkan di
harakahdaiy bertajuk "Dakwah di Meja Rundingan", dengan kesimpulan
usaha mereka jumpa penganjur hanyalah berdakwah, bukan membantah.
Natijahnya, pertandingan ratu cantik tetap diteruskan dengan
syarat tukar nama.sahaja.
Maka penyokong PAS mula menggelabi, tak tahu nak respon camne,
lalu akhirnya mereka mula meratib, "asalkan bukan DAP!".
10) Kesimpulan, Menteri Wilayah senyum goyang kaki je lihat
gelagat PAS meloncat-loncat terpaksa handle isu ini, sebab akhirnya imej PAS
sendiri semakin tercalar dan kini PAS sudah pun rasmi menjadi liberal.
- menyokong individu ultra liberal dan lgbt sebagai Speaker dan
Timb Speaker Dewan Rakyat.
- Menteri Sawit PAS kata arak ialah hak Allah untuk non-muslim.
- Senator PAS kata upacara perkahwinan agama Sikh hanyalah
respsi perkahwinan
Alhamdulillah.
PAS sudah jadi liberal.
Sekian.