Saya melihat ada beberapa orang mula menyebarkan gambar tangkap
layar ini. Sebahagian mereka mula mempertikaikan kerana terdapat kontradiksi
antara isi kandungannya. Pada 2013 melarang ucapan. Manakala pada tahun ini
mereka sendiri mengucapkan selamat pada hari raya Krismas/Natal. Post asal
boleh dilihat di link berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=783540668329346&id=220590201291065
https://www.facebook.com/333762569997423/posts/5097063960333903/
Respon saya adalah seperti berikut:
1. Ulama semasa berbeza pendapat tentang hukum mengucapkan
selamat pada hari raya orang kafir selagi mana ia tidak mengiktiraf kekufuran
mereka. Ia isu khilaf yang kita semua tahu.
2. Jika diperhatikan, tangkap layar 1 adalah dari Page FB Pas
Pusat. Manakala tangkap layar 2 pula dari pimpinan parti tersebut. Ia dari
individu yang mungkin berbeza. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang berbeza.
Kita perlu adil dalam masalah ini kerana tidak mustahil pimpinan parti
mempunyai 2 atau lebih pandangan dalam isu-isu ijtihad.
3. Cuma kita perlu bertanya kepada pemilik Page FB Pas Pusat
yang menulis hukum haram pada tahun 2013 adakah mereka telah mengubah pandangan
atau masih memegang pandangan haram? Jika mereka mengubah pandangan mereka ia
perkara biasa kerana perkara ijtihad adakalanya seseorang boleh mengubah
pandangan. Ia bukanlah suatu yang mengejutkan dan memalukan.
4. Jika mereka masih memegang pandangan haram hukumnya, adakah
mereka akan menegur mana-mana pihak yang mengucapkan selamat pada hari raya
Natal dari kalangan pimpinan mereka?
5. Jika mereka telah mengubah pandangan dari haram kepada harus
selagi lafaz ucapan itu tidak mengandungi pengiktirafan kepada kekufuran,
adakah sewaktu mereka menulis hukum haram itu mereka tidak memakai
"teropong putih bersih yang boleh melihat semua warna yang sebenar tanpa
tersilap"?
6. Jika mereka berbeza pendapat dengan 2 pimpinan ini sedari
awal lagi, siapakah yang memakai teropong tersebut ketika memilih pandangan ini
sehingga terlahir daripada mereka 2 pandangan yang tidak selari?
Saya sebagai rakyat juga teringin tahu penjelasan mereka dalam
isu ini.
Dr Rozaimi Ramle