Undi belah bahagi tidak berlaku semalam. Kalau undi belah bahagi itu berlaku dan kita tewas, bajet (peringkat dasar) tetap akan diluluskan.
Jangan kita tanya 'kenapa kita tidak lawan saja walaupun akan tewas', level intellektual kita sepatutnya boleh hadam persoalan itu. Ia umpama kita bertanya kenapa tak lawan kalau dah tahu akan kalah. Ini soal 'numbers', ya soal jumlah bilangan. Its a calculated risk, numbers tidak cukup untuk tolak bajet itu menggunakan undian belah bahagi.
Jadi di mana 'numbers' Strong, Formidable and Convincing Anwar Ibrahim?
Aku cuma nak cakap satu jer, yang lain boleh fikir sendiri. Dalam SD yang ditandatangan oleh MP itu tidak disebut pun perihal menolak bajet. Tidak ada tertulis dalam SD itu bahawa MP harus tolak bajet. 𝗖𝘂𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗗 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶.
Dan SD sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM itu juga jumlah yang berjaya dikumpul bukan sekadar cukup, tetapi jumlahnya adalah Strong, Formidable and Convincing!
Jadi mengapa perlu rahsia terbuka ini (peluru untuk menang) dibazirkan? Sabarlah sikit lagi.
Eddy Nor Redzuan