GAME ATAS GAME.

 Terbaca tulisan Raja Gelap yang agak menarik mengenai gerak tari politik PH vs PN vs Mahathir.


Pesan AbgBaim: Faham ikut logik.

#CopynShare


GAME ATAS GAME.


Tulisan ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. Tiada sumber rasmi dari mana-mana parti mahupun individu.


Kepada pembenci DSAI tak digalakkan baca. Aku jamin 100% akan sakit hati.


******


GAME 1

Kenapa Najib bangkitkan isu duit KWSP? Tak lain tak bukan kerana Najib tahu kedudukan kewangan KWSP. Najib arif yang KWSP tak punya cukup tunai untuk diberikan kepada pencarum.


DS Anwar pada awalnya tidak bersetuju duit hari tua rakyat diusik. Tapi kemudian berubah pandangan apabila melihat ada keuntungan di situ.


Pertama, rakyat memang perlukan duit. Dan kedua, PN takkan mampu tunaikan. Ini akan buatkan rakyat marah kepada PN dan itu menguntungkan PH.


GAME 2

PN asalnya berkeras tidak mahu beri duit KWSP. Berbagai-bagai episod sedih cuba diketengahkan. Termasuklah cerita KWSP terpaksa jual aset.


Tetapi kemahuan rakyat terhadap duit mereka tak dapat dibendung. PH dan UMNO gunakan isu itu dengan cemerlang untuk menolak bajet seterusnya menjatuhkan PN tanpa dicap sebagai derhaka kepada YDPA malah disokong oleh rakyat.


Sebagai langkah berani mati, Menteri Kewangan menyatakan persetujuan kepada tuntutan pembangkang saat akhir iaitu ketika sessi penggulungan, bersandarkan 2 natijah.


GAME 2 - NATIJAH I

DSAI gagal dapatkan bilangan number yang mencukupi untuk merampas kuasa. Maka PN dengan bangganya berkata yang DS Anwar hanya menipu. Kemudian mereka dengan bangga berkata mereka memang kerajaan yang cukup majoriti.


GAME 2 - NATIJAH II (a)

DSAI cukup numbers, Muhyiddin akan bubar parlimen. Kemudian PN akan masuk PRU dengan sentimen PH derhaka titah YDP Agong. Dan lagi, PRU terpaksa diadakan ketika Covid-19 kerana PH gila kuasa.


Rakyat akan berasa geram dan rasa dimangsakan. Akhirnya mereka luahkan kemarahan pada kertas undi. PH tergolek dan terkubur.


GAME 2 - NATIJAH II (b)

Mahathir dengan licik akan mendapatkan sokongan dari beberapa kumpulan dalam Umno dan juga PH, kemudian dengan sokongan lalang dari Borneo, dia mampu mengumpul numbers dan menghadap YDP Agong untuk jadi PM kali ketiga.


GAME 3

Secara tiba-tiba DS Anwar tidak menyokong undi belah bahagian. Secara tidak langsung Belanjawan 2021 dikira lulus di peringkat dasar.


Menteri Kewangan ternganga. Mana nak cari dana untuk tunaikan apa yang disebut dalam penggulungan tadi. Sekarang PN dah terjelepok dalam perangkap sendiri.


Mahathir juga meroyan. Sepatutnya dia dapat buktikan DSAI tak cukup sokongan. Dan kalau cukup pun, dia sepatutnya dapat mencilok tang konar dan menjadi PM untuk kali ketiga. Sebaliknya dia pula kelihatan tiada sokongan.


Semuanya kerana DS Anwar dah tukar permainan. Sekarang muncung senapang tertuju ke mulut Muhyiddin dan Tengku Zafrul. Mahathir pula terbelit dalam simpulan yang dia buat sendiri.


******


Ini telahan secara logik berdasarkan pemerhatian. Nampaknya game ini makin menarik. Kerana lain dirancang, lain yang terjadi. Sekarang siapa pun tak tahu apa rencana seterusnya.


.

- R a j a G e l a p -



No comments: