Assalamualaikum.
Salam Reformasi.
Pro98 Reformis Malaysia memandang serius tindakan kerajaan
memendekkan sidang Parlimen pada hari ini (hari pertama) atas alasan ada
kakitangan Parlimen yang positif Covid-19.
Disaat Negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang amat
meruncing akibat Covid serta politik yang tidak menentu, kerajaan dilihat
seperti cuba mengganggu perjalanan demokrasi di Parlimen dengan berselindung
disebalik Covid.
Pro98 Reformis yakin Rakyat juga sangsi dan ragu dengan alasan
Menteri Ubdang2 mewakili kerajaan PN memandangkan rekod pengkhianatan mereka
sejak mula merampas mandat Rakyat dengan Langkah Sheraton hingga tertubuhnya
kerajaan 'pintu belakang' atau 'tebuk atap'.
Pro98 Reformis menggesa agar KKM segera menyiasat kes covid yang
konon telah menyerang beberapa kakitangan Parlimen dan mendedahkan hasil siasatan
kepada umum agar Rakyat berpuas hati.
Pro98 Reformis tidak rela jika ada ahli politik jahat yang rakus
cuba mengganggu sidang Parlimen yang mulia dan memperdaya Rakyat.
Pro98 Reformis juga tidak akan nembenarkan tindakan ahli2
politik yang khianat itu bersembunyi dibalik covid untuk mempertahankan kuasa
politik mereka yang kini berada dihujung tanduk.
Pro98 Reformis, menjunjung Keluhuran Perlembagaan yang menjadi
teras Sistem Demokrasi dan Raja Berparlimen dalam Negara ini, menuntut agar
sidang Parlimen diteruskan dengan menyelesaikan terlebih dahulu Usul Tidak
Percaya terhadap PM sebelum Pembentangan Bajet. Ini amat penting kerana PM yang
ada wajib buktikan bahawa beliau punya sokongan majoriti sebagai PM yang SAH.
Salam hormat.
Dr. Badrulamin Bahron
Pengerusi
Pro98 Reformis Malaysia.
2 November 2020.
Kredit: FB Page Badrulamin Baharon