Apa jadi, kerajaan tak ada DAP tapi nak lingkup juga…
mosabit on track
Nak cakap sikit nih.
Bila ko nak sgt berkuasa…ko rela ‘buat-buat sketsa’ untuk beri alasan “kita perlu tangguhkan persidangan Dewan”. Otak asyik duk fikir pasal kuasa! Kuasa! dan Kuasa sahaja.
Menipu dah jadi makanan harian dan dah jadi darah daging korang. Melantak duit negara mcm duit mak bapak ko yg punya!…Duk permain-mainkan undang-undang pastu senang-senang jer cipta perbalahan. Turut Memainkan isu kaum, hasutan, fitnah dan suka sgt menimbulkan permusuhan.
Dulu alasannya..”kita tak mahu bersama dengan DAP!”. Tapi, bila DAP dah takde dan bila kewangan negara semakin meruncing, bila kehidupan rakyat sudah semakin terabai maka mulalah mereka cipta alasan baharu iaitu “kita sengsara kerana covid-19”.
Eh bro…lu tahu tak smlm MALINDO dah tutup. Ada 20,000 orang hilang pekerjaan akibat penutupan MALINDO tu..ko tahu ker tak nih?. Apasal bodoh sangat nih? Kemana mereka nak cari kerja dan dalatkan hasil pendapatan?. Korang bukan boleh tolong apa-apa pun dan korang tak buat apa2 pun sebenarnya. Asyik membuncit dalam pejabat jer la kerja korang semua nih. 70 Menteri2, semua tu entah hilang ke mana-mana dah. MNA!!. (Missing Never Action).
Bila dah takde kerja, rakyat cuba nak berniaga. Tapi duit tak cukup. Nak pinjam dgn bank, confirm takkan dapat punya. Pinjaman TEKUN gi mana?.pinjaman MIKRO, sape yg sapu?. Bukak niaga tepi jln spt kat Melaka baru2 ni pun, kena angkut. Bila rakyat mengadu ttg kepetitan dan kesusahan hidup,..MB Kedah boleh ketawa terbahak2 sambil menghina pengadu tersebut. Pastu, tak beberapa hari kemudian..dia siap beli Vellfire untuk menunjuk2 kat rakyat, konon2nya mengaku bhw “akulah MB yg paling bodoh dan baghal!”.
Kat Terengganu lagi teruk. Rakyat susah payah buat kolam ternakan ikan..hbs KERAjaan Negeri arahkan kolam tersebut di tutup dan di kambus. Kat Kelantan pun sama…kedai2 tepi jalan di arahkan ambil lesen dan permit berniaga. Bila time prg mohon…tak dapat. Esoknya, penguatkuasa Bandaran datang dan sapu. Ternganga-ngangalah rakyat2 kita. Islam lah sangat, kan?.
Korang yg bergaji besor2 tu boleh la cakap..”kita tangguhkan persidangan!”. “Air kotor, kita tadah jer air hujan!”. “Boring2..kita pakat pi main Tik-Tok”. “Ada covid, hangpa pi minum ayaq suam!!”. Tu jer ker taraf Menteri2 PeeN?.
Aku tanya jer nih dan ada bantahan tak?.