DHARURAT? TIDAK MASUK AKAL, INI MAINAN MEDIA KARTEL SEMBURIT


Media kawalan kartel tengah giat promosi agar kerajaan istihar dharurat. Ini semua hanya untuk halang kemaraan Anwar Ibrahim dan sesi parlimen yang bakal menyaksikan kerajaan Muhyidin tumbang. Kita nak bgtahu, tiada keperluan untuk laksanakan dharurat yg pastinya akan memusnahkan ekonomi dan pelaburan dalam negara ini. Negara dan pelabur mana mahu melabur di negara yang sedang dharurat?

Tiada keperluan dharurat, kerana;

1. Negara kita masih aman damai.

2. Tiada mana-mana parti politik yang menimbulkan huru-hara, semuanya ikut perlembagaan.

3. Tiada masalah atau pergaduhan kaum dan agama.

Masalah Covid? Itu bukan alasan untuk istihar dharurat kerana negara lain juga alami masalah yg sama, cuma mereka dpt tangani dgn telus dan cekap. Negara kita tidak cekap dan tidak telus, itu saja.

Masalah politik? Semuanya terkawal. Tiada himpunan atau demontrasi. Cuma, PM yang tiada lagi sokongan majoriti masih mahu terus berkuasa dan leka dengan tawaran2 serta rundingan jawatan untuk mengekalkan kuasa tanpa fokus kepada masalah Covid.

Pihak Pembangkang, PH sendiri sentiasa berdisiplin dan mematuhi segala perintah dari YDP Agong, di mana proses pengambil alihan kuasa oleh DSAI itu ditangguhkan kerana PKPB di KL dan Sgor. Kami menghormatinya dan sedia untuk bersabar tanpa mencetuskan provokasi.

Apa perlunya dharurat ? Mengapa pilih jalan yang sukar kerana kita ada pilihan yang lebih baik? Semoga agenda mereka yang mahu menyekat kemaraan DSAI ini akan gagal.

WFAUZDIN NS