Suspek keempat serang Papagomo ditahan polis By Manzaidi Mohd Amin - 23 September 2020

 

MGF24012020_OWHMG-PAPAGOMO02-681x454


KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris mendakwa seorang lagi lelaki yang menyerang dan memukulnya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 19 Januari lalu sudah ditahan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, pegawai polis memaklumkan lelaki bernama Rizal Pawaki itu merupakan seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Lelaki itu kini sedang direman di lokap Polis Kota Kinabalu dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Setakat ini, dari lima suspek yang menyerang dan memukul saya pada malam kejadian 19 Januari lalu, empat sudah ditahan.

“Tiga darinya telah didakwa di mahkamah, dan seorang lagi masih bebas. Lelaki ini juga dipercayai tidak mempunyai pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Pagi keesokan hari, 20 Januari, Muhammad Azri membuat laporan polis selepas insiden diserang sekumpulan lelaki pada jam 7.30 malam di KKIA.

Beliau mendakwa dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan).

Berikutan itu, polis menjalankan gerakan mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan dan berjaya menahan empat dari lima yang terbabit.