Pengumuman Presiden KEADILAN Datuk
Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk
kerajaan baharu disokong penuh oleh DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
berkata, sebagai ahli gabungan dalam Pakatan Harapan, parti itu akan menyokong
penuh Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan yang bakal ditubuhkan.
Kami mengambil maklum
pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan
Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Selaras dengan keputusan Majlis
Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang
untuk membentuk Kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
DAP merupakan sekutu terbesar dalam
PH dengan sejumlah 42 kerusi Parlimen. Parti itu juga merupakan sekutu asal
sejak penubuhan Pakatan Rakyat pada 2008.