KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan
Deris mendakwa seorang lagi lelaki yang menyerang dan memukulnya ketika berada
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 19 Januari lalu
sudah ditahan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, pegawai
polis memaklumkan lelaki bernama Rizal Pawaki itu merupakan seorang Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI).
“Lelaki itu kini sedang direman di lokap
Polis Kota Kinabalu dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Setakat ini, dari lima suspek yang menyerang dan memukul saya pada malam
kejadian 19 Januari lalu, empat sudah ditahan.
“Tiga darinya telah didakwa
di mahkamah, dan seorang lagi masih bebas. Lelaki ini juga dipercayai tidak
mempunyai pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari
ini.
Pagi keesokan hari, 20 Januari, Muhammad
Azri membuat laporan polis selepas insiden diserang sekumpulan lelaki pada jam
7.30 malam di KKIA.
Beliau mendakwa dipukul
sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan).
Berikutan itu, polis
menjalankan gerakan mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan dan
berjaya menahan empat dari lima yang terbabit.