1. Calon BN mendapat 13060 undi manakala Calon PEJUANG (Bebas@Pokok) mendapat 2115 undi dengan majoriti kemenangan Calon BN sebanyak 10945 undi.
2. PEJUANG (Bebas) turun dengan reputasi besar Mahathir selaku bekas Perdana Menteri sebanyak 3 kali, bekas Pengerusi BN, Bekas Presiden Umno paling lama, Bekas Pengerusi PPBM dan akhirnya selaku "Pengerusi" PEJUANG walaupun belum didaftarkan lagi.
3. Mengekalkan prinsip perjuangan berasaskan perkauman dengan teras perjuangan untuk orang Melayu sahaja PEJUANG kecundang di DUN Slim yang majoriti pengundinya adalah Melayu.
4. Apa maknanya?
5. PEJUANG ditolak oleh orang Melayu sendiri.
6. Teringat kata-kata yang pernah dilontarkan sendiri oleh Mahathir:
"Orang Melayu tidak pandai berpolitik. Jika mereka tidak dapat menjadi Presiden parti maka mereka akan menubuhkan parti politik baru untuk menjadi Presiden".
7. Rupanya kata-kata itu beliau tuju kepada diri sendiri.
8. Persoalannya ialah tidak pandaikah Mahathir berpolitik? Sedangkan dunia mengiktiraf Mahathir sebagai seorang ahli politik paling licik yang pernah lahir di Malaysia malah di Asia.
9. Jawapannya mudah: Sudah sampai masanya untuk Mahathir bersara. Tiada apa lagi yang perlu dikejarnya dalam politik. Perjuangan untuk orang Melayu yang digembar gemburnya hanya retorik semata-mata.
10. Umum sudah tahu pada hari-hari terakhir di penghujung usia Mahathir hanya berjuang untuk menaikkan anaknya Mukhriz selaku Perdana Menteri dan menjaga kepentingan anak-anaknya dan para kroni yang menjadi kaya raya hasil kerjanya selama ini.
11. Kehadiran Mahathir (dengan PPBM) bersama PH sebelum PRU14 hanya bertujuan menumpang kekuatan PH.
12. Keputusan PRK Slim seharusnya dipandang serius oleh Majlis Presiden PH bahawa kerjasama dengan Mahathir tidak membawa apa-apa keuntungan kepada PH.
13. Cukuplah PH "memikul biawak hidup". Biarkan Mahathir bersendirian. Tidak perlu lagi diberi muka kerana beliau orang yang paling tidak boleh dipercayai. Pengkhianatannya kepada Anwar dan PH tidak boleh dimaafkan.
14. Jadikan PRK Slim sebagai noktah terakhir buat kerjasama dengan Mahathir. Beliau dan gerombolannya tidak menguntungkan PH malah lebih dari itu memberi mudarat.
15. PH wajib bergerak bersendirian. Kukuhkan semangat setiakawan dan kerjasama yang telah terjalin utuh. Jangan dibiarkan Mahathir merobohkan PH.
16. Memperlekeh dan menghina Anwar setelah Anwar memberi ruang yang cukup besar kepadanya adalah dosa terbesar Mahathir kepada KEADILAN dan PH.
Salam Reformasi.
Aki Rock