Dulu kata Husam fitnah Pas bersama Umno, sekarang siapa fitnah?
Sejak tahun 2015, ramai bekas pimpinan Pas yang disebut sebagai G18, khususnya Dato’ Husam Musa telah ‘difitnah’ – dituduh – menfitnah Pas.
Apakah ‘fitnah’ yang difitnah terhadap Dato’ Husam itu?
“Haji Hadi akan kandar Pas bersama UMNO”, itulah yang dikatakan ‘fitnah’ oleh Pas.
Siapa yang katakan itu semua adalah fitnah?
Antaranya adalah YB Senator Ustaz Idris Hj Ahmad. Saban malam dia ‘menfitnah’ Hj Husam menfitnah Hj Hadi nak kandar Pas bersama UMNO.
Selepas 4 tahun, yang dikatakan ‘fitnah’ oleh Idris Hj Ahmad betul² berlaku dan antara pelakunya adalah tukang fitnah yang bernama Idris .
Kejikah bersama UMNO? SUDAH TENTULAH KEJI, kerana itulah Idris bertungkus lumus ‘menfitnah’ bahawa Husam ‘menfitnah’, kalau tak keji sudah tentulah Idris tak akan keliling Malaysia untuk menafikannya.
Apapun, yang tetap mengkagumkan adalah ‘wala’nya ahli Pas, Idris dan Hj Hadi kata ‘Husam fitnah’, depa sokong!. Hj Hadi dan Idris ajak depa untuk sokong ‘fitnah’ Husam, depa sokong juga.
Susah nak jumpa la ‘taat tanpa fikir’, melainkan dikalangan pengikut ‘taksub’ Pas. Yang boleh dan mahu berfikir walaupun pada kadar minima dah mula dan akan tinggal Pas.
Jangan fitnah orang fitnah!!