Ahli
Parlimen Permatang Pauh dan Merbok mempersoalkan tindakan Speaker Parlimen yang
mencicirkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Kesaksamaan Gender dan Pembangunan
Keluarga dalam pengumuman perlantikan terbaharu.
Bagi
Nurul Izzah Anwar serta Nurin Aina, JPK Kesaksamaan Gender dan Pembangunan
Keluarga amat penting untuk membincangkan isu-isu wanita atau warga emas.
"Pengumuman
lapan ahli JPK telah dilakukan pada hari terakhir persidangan parlimen -
dikenali antara entiti melengkapkan fungsi demokrasi berparlimen.
"Pun
begitu, kami terkilan apabila JPK yang menyentuh khusus berkaitan Kesaksamaan
Gender dan Pembangunan Keluarga tidak tersenarai. Sedangkan jawatankuasa ini
dilihat sebagai salah sebuah JPK barisan hadapan.
"Golongan
seperti warga emas, yang lazimnya menjadi isu perbincangan JPK ini merupakan
golongan yang paling berisiko lebih-lebih lagi dalam zaman penularan Covid
19," kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut
mereka lagi, laporan terbaru yang diterbitkan oleh UNICEF dan UNFPA, “Families
on the Edge”, iaitu satu kajian yang melibatkan 500 keluarga termasuk 20%
daripadanya ketua isi rumah wanita yang menetap di PPR, Kuala Lumpur, bagi
meninjau kesan Covid 19, mendapati golongan wanita dan kanak-kanak adalah
golongan yang paling terjejas sepanjang pandemik.
Puratanya,
pada Jun 2020, pendapatan wanita yang mengetuai isi rumah jatuh kepada RM675.
Manakala 50% berpendapat keadaan kewangan mereka bertambah buruk, sementara 42%
kanak-kanak dalam isi keluarga tidak mempunyai peralatan e-pembelajaran.
Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina
Maka
timbul persoalan mengenai kecekapan bantuan daripada kerajaan apabila 40%
daripada responden, yang mana 45% wanita sebagai ketua keluarga tidak
menganggap Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagai tepat dalam memenuhi
keperluan mereka.
"Menyorot
kembali kerajaan Pakatan Harapan yang mewujudkan JPK bagi Kesamarataan Gender
dan Pembangunan Keluarga dan ketika itu dipengerusikan oleh Ahli Parlimen
Merbok serta kekerapan JPK tersebut mengulas isu wanita dan kanak-kanak maka
sewajarnya ia diteruskan.
"JPK
Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga sebelum ini juga melibatkan wakil
daripada KEADILAN, DAP, Umno dan Pas. Tugas utama, beserta iltizam dan input
para pemegang taruh telah melahirkan versi terkini Rang Undang-Undang Gangguan
Seksual dan Kesaksamaan Gender.
"Namun,
segala usaha murni JPK tersebut terbantut dengan perubahan pemerintahan pada
Mac 2020 lalu dan kemudian jawatankuasa ini tidak tersenarai dalam pengumuman
terkini," kata mereka.
Walaupun,
kata mereka, usaha mewujudkan atau tidak sebarang JPK adalah melalui saranan
kerajaan memerintah namun Speaker yang memuktamadkan pewujudannya di Dewan
Rakyat.
Speaker,
kata mereka, boleh memutuskan untuk jawatankuasa tersebut dikekalkan.
"Oleh
itu, kami menggesa Tuan Yang di-Pertua agar memperkasa semula JPK Kesaksamaan
Gender dan Pembangunan Keluarga dalam memastikan dasar dan perundangan diteliti
dengan secukupnya agar tiada yang terkecuali dalam mendapat keadilan,"
kata mereka lagi.