BILA KES NAJIB AKAN KE MAHKAMAH RAYUAN.



Mohd Shah Rim

Kes Najib Razak yang didapati bersalah ke atas 7 pertuduhan akan  didengar dimahkamah Rayuan pula selepas ini.

Ada tiga hakim Mahkamah Rayuan yang akan memutuskan mengekalkan hukuman bersalah atau membebaskan Najib Razak. Peluang  Najib Razak untuk dibebaskan sebenarnya almost ZERO, walaupun mengupah peguambela terbaik didunia. Semua pertuduhan terhadap Najib telah berjaya dibuktikan dan tidak dinafikan oleh pasukan peguambela Najib dimahkamah Tinggi.

Tapi, bagaimana jika Panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Najib dibebaskan.?? Adakah Najib akan terselamat dari Penjara Sg. Buluh..??  TIDAK, kerana pihak pendakwaan mempunyai satu lagi option iatu membawa kes ke Mahkamah Persekutuan, dimana ada lima panel hakim yang akan bersidang.

Ni proses yang panjang dan memakan masa bertahun tahun,  system kehakiman di Malaysia dan juga dinegara lain, memberi peluang kepada pesalah khasnya mereka yang kaya raya melambatkan proses keadilan kerana mereka mampu, ' access to justice is based on how much a person can pay.' sementara marhaen pula tidak dapat lari dari undang undang yang ada kerana mereka tidak mempunyai harta..

No comments: