ADUN-ADUN WARISAN YANG SOKONG TAN SRI MUSA AMAN PERLU DIPUJI BUKAN DIKEJI


Abuya Hamka

Saya tidak faham mengapa ADUN-ADUN WARISAN yang membuat keputusan menyokong Tan Sri Musa Aman perlu dihadapkan dengan kejian oleh pihak-pihak tertentu, termasuk oleh pemimpin WARISAN sendiri, bila hakikatnya keputusan yang mereka ambil itu adalah satu keputusan tepat yang perlu dipuji.

Empat daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Jamawi Ja'afar, ADUN N36 Kemabong, Osman Jamal @ Jamar, ADUN N55 Balung, Hamisa Samat, ADUN N59 Tanjong Batu, dan Abd Muis Picho, ADUN N60 Sebatik, sebenarnya bukanlah ADUN-ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN-ADUN yang menang atas tiket UMNO tetapi menyertai WARISAN pada 11 Mei 2018. Lihat di sini: https://www.malaysiakini.com/news/424351

Tiga daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Bolkiah Ismail, ADUN N3 Pitas, Saddi Abdu Rahman, ADUN Sukau, dan Musbah Jamli, ADUN N6 Tempasuk, juga sebenarnya bukanlah ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN yang menang atas tiket UMNO tetapi menyertai WARISAN pada 13 Mei 2018, pada 10 Disember 2018 dan pada 25 Januari 2019. Lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/425292/4-lagi-adun-bn-sokong-shafie lihat di sini: http://www.astroawani.com/berita-politik/adun-sukau-umum-sertai-warisan-193214 dan lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/524018/adun-tempasuk-masuk-warisan

Dua daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Lasiah Baranting @ Anita, ADUN N5 Tandek, dan Abdul Rahman Kongkawang, ADUN N40 Labuk, juga sebenarnya bukanlah ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN yang menang atas tiket PBS tetapi menyertai WARISAN pada 6 Mac 2019 dan pada 27 September 2019. Lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/03/537972/adun-tandek-keluar-pbs-masuk-warisan dan lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/09/611503/adun-labuk-masuk-warisan

Seorang lagi daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Masiung Banah, ADUN N47 Kuamut, juga sebenarnya bukanlah ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN yang menang atas tiket UPKO tetapi menyertai WARISAN pada 18 Disember 2018. Lihat di sini: https://www.sabahpost.net/2018/12/18/adun-kuamut-datuk-masiung-banah-sertai-warisan/

Oleh itu, tidak wajarlah mereka dikeji kerana kononnya mengkhianati mandat rakyat, malah apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka balik ke asal untuk mengembalikan mandat rakyat yang mereka terima selaku ADUN-ADUN UMNO, PBS dan UPKO setelah mereka menyedari kesilapan awal mereka mengkhianati mandat rakyat dengan meninggalkan UMNO, PBS dan UPKO untuk menyertai WARISAN sebelum ini.