USAHA TETAP DITERUSKAN



Saya kurang berminat (letih sebenarnya) untuk mengikuti perkembangan usaha merebut balik kuasa yang dirampas, akhir Feb lalu. 
Tadi menanti mata terlelap, terdengar siaran fb live bersama khalid samad, pengarah komunikasi Amanah. Rupanya usaha itu masih belum berakhir walaupun secara zahirnya Pakatan Harapan Plus nampak retak dan berselisih pendapat.
Maknanya, di samping (sudah semestinya) bersiap hadapi PRU15 yang mungkin diadakan secara mengejut, kerajaan pintu belakang Muhyiddin-Azmin tidak akan dibiarkan selesa menunggang kuasa yang dicuri itu.
Sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi mungkin menyaksikan pertembungan terbuka tersebut, dimulakan dengan percubaan menukar Speaker.



Saya sekadar mengharapkan dan berdoa agar mandat rakyat PRU14 dapat dimartabatkan kembali sesegera mungkin.
 Bagaimanapun saya sudah capek untuk meneliti dari dekat usaha2 yang dibuat PH, apatah lagi mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, tanpa ada rumusan-ketetapan yang jitu.
Biar pemimpin PH sesama mereka, tanpa riuh-rendah mengatur langkah, menyusun strategi, membina hubungan, memupuk persefahaman, meramaikan sekutu, mengurangkan sengketa. Bukan asyik mendabik dada, memperaga kekuatan, bersikap keras kepala kunun mempertahan prinsip.
Kita nak lihat hasilnya saja, sudah lelah untuk beri komentar dengan permainan kuasa elit politik ini.