Al Jahiliah, pembodohan Melayu berterusan?
Ipohmali
Macam mana Jadi pemberita.. Tak Profesional langsung.. Berbeza pandangan..Terus gelar orang Al Jahiliyyah.. Patutnya dah jadi Pemberita, wartawan, jawablah dengan Fakta.. betulkan fakta Al jazeera yang salah..
bagi aku ini kejayaan doktrin dari kaca TV hampir setiap hari yang menjadi tontonan kepada rakyat disuapkan kepada rakyat dengan ketakutan.. seolah oleh selepas 3 Bulan dikurung..hanya rakyat Malaysia sahaja yang hidup dalam waktu yang sama rakyat negara lain mati bergelimpangan di jalanraya akibat Covid-19..inilah yg dilakukan pemimpin Diktator seperti di Korea Utara sekian lama..
tu sebab zaman PH dulu…depa tak rasa penting peranan jabatan hal ehwal Khas(JASA) ni.. sama seperti Unit cawangan khas ni… kononnya nak terbuka..Demokrat.. akhirnya makan diri…
Ini menandakan Bani Melayu, tak tau lah melayu ker tak.. tapi ramai yg nak mengaku Melayu mereka mudah beremosi dalam apa isupun, Rohingnya ker..Bangladesh ker.. Bani melayu sudah diasuh jiwa oleh penjajah British.. depa akan sensisif dengan sentimen 3R ini… sampai mereka tak mampu berfikir.. atau meraikan perbezaan pandangan…
Bukan dalam Soal perbezaan pandangan dan hujjah politik saja… Dalam Agama pun macam tu lah..sikap agamawan pun macam tu..Kalau berbeza pandangan, tak lama lagi akan digelar Kafir, Munafik, Fasiq.. Tempatnya Neraka… inilah bentuk dan gambaran Ashabiyah..
Sebelum gelar orang Jahiliyah, Cuba cermin cara pemberitaan Malaysia sekian lama.. Bagaimana isu Seks, tuduhan seks menghiasai berita Bernama, RTM dan TV3 dalam berita utama mereka.. Bagaimana negeri Kelantan..suatu ketika tu PAS, Tok Guru Nik Aziz sendiri dihina..dan Pembangkang difitnah.. rasanya jauh lebih Jahiliyah dari laporan Al Jazeera, Sampai gambar, video fitnah disiarkan dimuka hadapan sebagai tontonan kanak kanak…
Itu belum cerita bagaimana sentimen perkauman Agama dan kaum dimainkan selama ini membentuk pemikiran Rakyat..sentimen kebencian dibakar Dalam apa laporan pun, mana mana agensi berita pun, kita boleh setuju dan tidak.. Tapi tak perlu terlalu emosi sampai gelar orang Jahiliyah..