HAMDAN TAHA
Perak adalah negeri yang dua kali kalah dalam PRU sama seperti negeri Kedah. Pertama kali kalah adalah PRU tahun 2008 dan PRU ke 14.
Walaupun kalah tetapi UMNO perak masih kekal kuat berbanding parti Pas dan Bersatu. Pada pru ke 14 umno masih boleh memenangi kerusi sebanyak 27 itu lambang kekuatan umno di negeri Perak. Apabila keputusan PRU di umum tidak ada pihak yang boleh membentuk kerajaan negeri. Tetapi MIC dan MCA juga Gerakan langsung tidak membantu kerana mereka gagal menang mana mana kerusi yang di pertandingkan. Jika MCA kekal di Chenderiang bermakna kerajaan BN masih boleh membentuk Kerajaan. Atau pun masa itu pas betul betul berkerjasama dengan umno...
Kita juga tau kekalahan umno di mana mana ketika itu di sebabkan sunami isu terhadap serangan 1MDB dan Najib di jadikan bahan kebencian yang berjaya di gunakan pihak lawan. Seperti mana sekarang DAP di gunakan untuk melemahkan PH...walaupun begitu umno di perak masih boleh bertahan dan masih menang besar berbanding parti lain. Hanya dua parti yang kuat di perak iaitu umno dan dap..
Sekarang umno dapat kembali menjadi kerajaan tetapi dalam pakatan PN. Walaupun pengerusi perhubungan umno dato sharani menjadi exco kerajaan negeri saya melihat umno tidak cukup gagah dan gah antara sebabnya Pengerusi Perhubungan berada di dalam barisan Exco sahaja. Sedangkan UMNO perak ada tokoh yang lebih baik bagi saya untuk menerajui UMNO Perak. Tambahan pula presiden parti dari perak....jika Dato sharani kekal sebagai Yb sahaja tampa menjadi Exco dan mengambil jawatan pengerusi GLC di pusat saya fikir UMNO akan nampak lebih kuat...
Untuk memimpin negeri seseorang itu wajib di segani oleh kawan dan lawan. Walaupun sharani pandai berceramah tetapi dia belum lagi sampai ke peringkat di segani oleh pihak kawan dan lawan. Bukan saja perlu di segani oleh pihak lawan dan kawan pengerusi perhubungan juga perlu ada hubungan yang baik dengan Pihak Istana terutama Sultan Perak. Kerana politik perak tidak boleh lari dari suasana itu.
Perak juga ada tokoh tokoh hebat selain Presiden Parti seperti Tajuddin Rahman,Nazri Aziz dan ketua penerangan umno dr nasarah yang telah menjadi Menteri. Juga kita masih ada Dr Zambry Kadir dan pemimpin baru Datuk dr azahar Ahmad kita juga ada dato khusairi talib. Jikq kita susun dan bariskan semula Perak tidak calang hebatnya. Perak perlukan satu rombakan barisan kepimpinan untuk bersedia ke arah PRU. Jika tidak Umno akan hanya jadi pelapik sahaja kepada bersatu dan Pas. Sedangkan di perak sepatutnya tidak boleh begitu...
Umno perlu bertanding 34 ke 35 kerusi Dun untuk di lihat menguasai kembali negeri perak. Walaupun ada suara suara menyebut umno perlu sedar bahawa mereka kalah sebelum ini. Betul tu tetapi pru ke 14 lalu tidak ada parti yang kuat sebenarnya. Bukti apabila ada yang lompat tumbang lah PH. Maknanya bergabung baru lah kuat....
Umno perlu di lihat ketua di perak....