JOM TINGGALKAN PAS, CUKUP-CUKUPLAH MENJADI JAHIL

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


Cukup-cukuplah kita percaya kepada penjual-penjujal agama ini. Waktu mereka tiada kuasa, mereka guna hukum untuk mencari kesalahan kerajaan PH. Ada saja dalil mereka. Bila kita kata, kenapa di Kelantan berpuluh tahun mereka perintah, mana hukum-hukum yang mereka perkatakan itu telah dilaksanakan? Mereka jawab, kami tidak menjadi kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat ada kuasa, kata mereka.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'KALAU ADA ULAMA BULETIN RMS YANG BERSeKONGKOL DENGAN PEMERINTAH YANG MEMBENARKAN JUDI DAN ARAK INI, DIA ULAMA SYAITAN'
Nah, Allah tunjukkan kepada kita tipu daya mereka melalui kerajaan yang mereka perolehi melalui pintu belakang. Kini kuasa di tangan mereka. Menteri undang-undang di tangan mereka. Cukupkah sekadar jadikan Jumaat sebagai hari jawi? Bukankah itu telah diperkenalkan oleh Mujahid sewaktu kerajaan PH perintah?

Kamu copy paste saja. Mana yang kamu punya dasar? Usahkan hukum Hudud, RUU 355 pun tak nampak bayang. Mana cerita tentang pramugari menutup aurat? Cerita tentang arak, LGBT dan kedai-kedai arak dan judi? Semuanya lesap, semua lebai bisu kerana mulut masing-masing penuh dengan dedak yang disuap.
Apa lagi alasan kamu? Kuasa setinggi mana lagi kamu perlu ada? Cukup-cukuplah wahai walaun sekelian. Sampai bila kamu mahu terus diperbodohan oleh penjual agama yang hanya kemaruk dengan kedudukan dan jawatan itu?

WFAUZDIN NS