TNB.
1. Saya terima banyak aduan tentang bil TNB yang bukan sahaja tinggi tapi juga yang tak masuk akal dan tak munasabah.
2. Misalnya , ada yang yang dapat bil tinggi walaupun rumah tak berpenghuni kerana tuan rumah tinggal di rumah yang lain.
3. Ada orang kampung yang hanya seorang ibu tua sahaja tinggal di rumah itu, tiba-tiba dapat bil dekat RM 300++. Mengamuk sakan orang tua itu.
Bila di confront, TNB boleh kata " oh.. di musim PKP ni , byk pakai letrik makcik!". Depa ingat makcik tu tak pandai. Makcik tu jawab " saya tinggal sorang- sorang kat rumah, sebab anak tak boleh balik".
4. Akhirnya, TNB mengaku the bil was charged based on "agak agak" and reduced the amount.
Alasan TNB "pemeriksa meter tak dapat buat kerja kerana PKP". Mak datuk, senang je depa cari jalan keluar..
5. Utk TNB dan Gomen Tebuk Atap.. Janganlah tipu rakyat dan bagi depa susah lagi. ..di mana hati anda semua?
Bagi yang puji kata 100 hari pemerintahan gomen tebuk atap cemerlang dan rakyat puas hati..jangan sampai rakyat sumpah anda tau!
YB Sepang.
12/6/2020.