"Tidak ada perbahasan parlimen, media arus perdana nampaknya lebih tunduk sekarang dan terdapat gangguan terhadap masyarakat awam, wartawan dan sebagainya," tegasnya. Sementara itu, bukan rahsia bahawa kedudukan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL sangat rapuh, dengan kedua pihak BERSATU di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dan UMNO, Dato' Seri Zahid Hamidi seolah-olah saling mencabar siapa yang lebih berpengaruh. Malah perkara ini pernah ditimbulkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang berkata jika undi tidak percaya dilakukan terhadap Muhyiddin Yassin apabila Parlimen bersidang, beliau tidak tahu sama ada sokongan majoriti boleh didapati. "PAKATAN HARAPAN tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PAKATAN HARAPAN terhadap UMNO ialah UMNO parti korup. Penyertaannya dalam Kerajaan PERIKATAN NASIONAL menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan korup," tulisnya di blog pada 2 Mac lalu.
SIAPA PERDANA MENTERI KE SEMBILAN?