Mengenai tuduhan pengubahan wang haram, timbalan pendakwa raya itu berpendapat mana-mana orang waras yang memegang jawatan tertinggi dalam negara akan mengambil tindakan serius jika menemui wang haram dalam akaun peribadinya. Sithambaram berkata ia dianggap sebagai kebutaan yang disengajakan apabila Najib gagal menyoal mengenai sumber aliran masuk wang ke akaunnya. "Najib, sebagai pemegang akaun bank, perlu berhati-hati dan waspada mengenai dana yang masuk ke akaun peribadinya yang akhirnya dibelanjakan sepenuhnya. “Orang yang waras akan mempersoalkan jumlah (wang) yang sangat besar,” tegas Sithambaram, lapor Bernama. Hujah pembelaan bahawa tandatangan Najib Razak mungkin dipalsukan tidak terpakai lagi, setelah pihak pembelaan membatalkan rancangan untuk membawa saksi pakar bagi membuktikannya.
PENDAKWA MINTA MAHKAMAH SABITKAN NAJIB