Mahathir, Anwar sila kembali berunding
Via WhatsApp
Lewat sikit untuk menulis, maklumat dari lapangan tidak sempurna. Sebagaimana kalian maklum, hanya arahan ja di keluarkan untuk rakan2 menguruskan sesuatu di lapangan tanpa kehadiran diri ini. Dari beberapa lapuran yg di terima, semuanya mengesahkan agenda PH yg hanya sedikit ja lg utk sampai ke garisan penamat terkandas hanya dgn perangai keras kepala.
Ada kalian lihat penulisan di sini caci sdra Mahathir, caci sdra Anwar…sdra Md Sabu…Lim Guan Eng… sdra Khalid dll? Jawapannya, Tiada.
Beberapa hari ini warga karya media sosial yg menyalahkan satu sama lain, salah menyalah antara sesama, maki DAP…Keadilan…Amanah dan kumpulan sdra Mahathir.
Siapapun mereka yg berpolitik, GM di sini pasti akan usik tak kira sapa. Bukan terlalu ghairah kpd tubuh badan sesuatu pemimpin. Setiap mereka yg berpolitik dalam PH ini ada lebih…ada kurang. Begitulah juga antara sdra Anwar & Mahathir ini, ada lebih…ada kurang. Masing2 antara keduanya ada jatidiri masing2.
Kepada kalian sbg penyokong Amanah…DAP…Keadilan… dan penyokong kpd kumpulan sdra Mahathir yg kini tidak punyai parti, harap sila hentikan perbalahan segera. Kalian acapkali nasihatkan pimpinan atasan yg tak berseteru, tapi penyokong bawahan ini di lihat tidak selari dgn apa yg sendiri kata. Hat ataih dh satu hal… hat bawah ni pun nampak sama ja mcm ataih tu, masing2 keras kepala.
Bagaimana kita @ kalian ini buleh tunjukkan kekuatan kpd pihak lawan sedangkan kalian hat bawah pun lebih berkecamuk berbanding hat ataih tu… nak kalahkan Pee End macam mana jika kita sendiri punyai perangai sedemikian!
Penyelesaiannya ada, bukan tidak ada langsung.
Realiti sebenar ini ialah platform yg wujud sbg pihak pembangkang @ lawan yg kuat ini hanyalah PH saja. Sdra Mahathir dan pasukannya yg dahulu kini tidak mempunyai parti, maka kumpulan ini perlu wujud dlm sebuah bentuk kumpulan. Jika PRU15 berlangsung, apakah dalam graf SPR nanti perlu ada nama…
PH + Mahathir + Syed Saddiq + Mukhriz + + + +
vs Pee End vs MN
vs Pee End vs MN
Di buatnya ada mereka dari ahli2 parti dari Sarawak itu keluar parti dan menyokong Mahathir, nak tambahkan list satu persatu ?
Tahu atau tidak, kalian gagal utk pergi ke Putrajaya sekali lagi dek kerana nak tahu siapa yg akan memegang jawatan PM saat selangkah ja lagi sebagaimana yg telah kami susunkan. Dan hari ini, para penyokong masih lg bertempik sesama sendiri.
Ada beberapa journalist dari UK, Singapore, Turki bertanya… apa jadi kepada Malaysia? Mengapa mereka tidak mahu bersatu dan rampas kembali mandat yg rakyat serahkan pd PRU14? Jujurnya…GM sendiri tidak ada jawapan.
Jika di lihat dr sudut sdra Mahathir, dirinya masih lg berkeras utk jawatan PM saat tiada parti. Hat Anwar tu pula, berserah diri ja dapat pun baik…tak dapat pun takpa. Para penyokong, berkocoh sesama.
Hmmm…entah bila nk habih. Nak lawan Pee End pun sendiri berkelahi sesama. Penyokong Keadilan, agak seriau Mahathir nak jadi PM kali ke 3…dan ada agenda tersendiri utk balas dendam kpd mereka yg pecat anaknya. Bila penyokong Keadilan berkeras, penyokong Mahathir balas pula dgn emosi.
Pabenda niii…!!! Lani nak ambik Putrajaya ka dak?
Sdra Mahathir & Anwar perlu duduk bersama cari titik penyelesaian. Bukan main kata sinis & tersurat ikut kepala sendiri kata dia takda masalah, taktaula seterunya macam mana… bla..bla…bla. PH 92 : Mahathir katanya ada 50 lebih. Dah tahu masing2 tiada majoriti utk nak lawan Pee End, mengapa tidak cari titik temu ? Memang benar Pee End pun tiada majoriti.
Apa yg penting sekarang sepatutnya berlaku ialah negara perlu di selamatkan dr tangan penyangak, perasuah, penjenayah pengubahan wang haram. Usik wang negara tanpa parlimen, belanja sesuka hati asalkan dapat sokongan nak terus kekal memerintah, ekonomi menguncup, sykt glc di gadaikan, banyak masalah yg berlaku yg tak dapat mereka selesaikan.
Dari analisis lapuran tangan kami sendiri, dan dari cadangan journalis antarabangsa… utk elak hal berebut sapa PM ini ada jalannya.
Sdra Anwar perlu di berikan peluang sbg PM untuk kali ini memandangkan sdra Mahathir sendiri yg engkar arahan YDPA untuk terus kekalkan jawatan bagi kali ke 2. Lani, jika nama Mahathir di naikkan sbg PM… kami di beritahu berkemungkinan YDPA akan meminta nama lain berdasarkan perkiraan umur 95 yg telah di beri kesempatan 2x dan ideologi pentadbiran yg sama.
Jadi, sdra Mahathir itu sendiri perlu beralah dan buleh duduk sbg menteri eksekutif/penasihat. Usah risau, timbalan buleh ja di masukkan nama Syafie Apdal @ Mukhriz. Sementara pasukan kumpulan Mahathir yg di pecat dr Bersatu itu buleh di bawa kes pemecatan ke mahkamah, negara buleh di susun terlebih dahulu dan kes2 jenayah di mahkamah buleh di segerakan. Sdra Mahathir perlu beri peluang kpd anaknya sbg pelapis. Takkanlah pd anaknya sendiri tak percaya.
Dan penelitian kami jika melihat dr kacamata sdra Anwar, dia sendiri tidak ada masalah jika hal ini berlaku. Yg penting NEGARA perlu di ambil alih dr tangan penyangak & tebuk atap, kes pemecatan dan ambil alih kembali parti bersatu itu buleh berjalan sebelum PRU15 tiba.
Ini ja jalannya…dari ataih pun bergaduh, bawah pun bergaduh dan tak dapat apa2, setidaknya semua pihak buleh win-win situation!
Tahu kenapa Anwar berulangkali cuba di gagalkan ke jawatan PM? Kerna pihak lawan akan buat apa saja gagalkan rancangan ini dek kerna kes pendakwaan dan skandal penyelewengan. Kepada sdra mahathir itu pula, usah gusar… Anwar itu dh kata, hat lepaih tu sudahlah. Hat depan mata ni kena hadap.
Apakah GM ini pemuja kpd diri Anwar Ibrahim? TIDAK!!!
Sebagaimana yg di katakan tadi, antara Anwar & Mahathir masing2 ada lebih dan kurang. Benar rancangan Mahathir serangan saham utk beli Guthrie yg memegang hartanah Malaysia dari tangan asing ini sangat licik dan berjaya. Akhirnya tanah tersebut jadi hak milik Malaysia, dan kalian melihat Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan banyak lg lokasi lain dapat di lihat dr depan mata kalian. Tapi ada kurang dan kelemahanya dalam hal lain. Sdra Anwar itu pula masih belum lg di berikan sentuhan.
Ya benar, ada beberapa journalist antarabangsa menyifatkan US dan beberapa negara lain tidak suka Mahathir dan pentadbirannya suatu masa dahulu juga tergolong dalam kelompok kleptokrasi. Apabila rapat dgn Anwar kembali, negara luar kembali melihat Malaysia. Tambahnya lg, jika Anwar di beri peluang… ekonomi dunia negara Islam bakal di jangka berpusat dr Malaysia dan negara asian lain lebih mudah utk bekerja dgn Anwar berbanding Mahathir. Masing2 ada pro dan kontra.
Jadi, nak tunggu PRU15 ka atau nak ambil alih sekarang? Jika tunggu, macam2 hal buleh berlaku dalam 2 tahun setengah lg.
Silap hari, kes skandal penyelewengan wang negara terlepas oleh kerjasama blok tebuk atap tetapi kalian banyak isu utk pulang paku buah keras atau ambil alih sekarang agar ekonomi buleh di perbaiki segera…kes pendakwaan berjalan… GLC & GLCI di pulihkan segera, pelabur asing menerjah dan perbaiki kelemahan semasa PH memerintah dulu.
Nak bersendirian kukuh, maksudnya kalian tunggulah lg 2 tahun dan terpaksa hadap masalah dlm negara. Jika jatuhkan sikit EGOOOOOOOOOO, masing2 dapat manfaatnya. Terpulang, kami penat susun ingatkan dapat lepas…rupanya berebut sapa PM. Tak cukup dr itu, penyokong bawahan pula dok serang merata sana sini.
Maaf, GM tidak beli permainan antara penyokong sebagaimana yg di lihat dalam seminggu ini. Terpulang… tapi ingat, PRU15 pun belum tentu dapat mengekalkan pegangan 92 kerusi atau dapatkan lebih. Buleh jadi berjaya @ pegangan yg ada kini berkurang @ sama seperti skrg. Kumpulan Mahathir pun buleh balas dendam terhadap anaknya dan di buang parti. Masing2 win-win situation.
Nak bertindak…inilah masanya.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.
Gino Marvela aka Gin Marvel.
Note: Wahai para penyokong antara PH, sila hentikan perangan serang menyerang sesama sendiri. Dalam satu rumah pun riuh. Kan senang masak sesama buleh makan semua, tengok tv buleh bersama. Ini dh ada 3 biji tv skrin besar pun, bergaduh berebut lepaihtu serang sesama. Yang untung Astro itu juga dapat duit dr 3 piring ataih bumbung tu. Pabenda…