Pemimpin relaks, yang di bawah kenapa berperang?
Kredit: Alfadhil
Antara 2 mudharat, tinggalkan mudharat yang lebih besar. Masalahnya, dlm menentukan mana yang lebih besar itu, apa indikatornya? Adakah benar mengqiaskan dari kisah perjanjian hudaibiah? Sekarang ni, politik setiakawan atau politik utamakan negara(menurut kiraan sesetengah pihak?)
Perjanjian hudaibiyah adalah antara muslim dengan kafir quraiys. Sedangkan kita sekarang ini bukan berperang dengan orang kafir. Ijtihad terbuka luas disini. Kerana ukuran mafsadat mungkin berbeza.
Benarkah PN benar2 mafsadat sehingga kita hilang negara?
Benarkah juga jika TM kembali menerajui negara terjamin kebaikan negara sedangkan dalam masa yang sama lebih banyak jiwa yang terluka?
Benarkah juga jika TM kembali menerajui negara terjamin kebaikan negara sedangkan dalam masa yang sama lebih banyak jiwa yang terluka?
Dalam mencari numbers yang cukup, perlu kepada rundingan mendalam, ada yang akan dikurangkan dalam reformasi dan islah yang dicita-citakan. Dalam masa yang sama kita juga mengakui tabiat buruk dalam dunia orang politik kita tak akan hilang dengan snap batu infiniti avangers. Perlu kepada pendidikan berterusan. Perlu kepada orang baru dalam gelanggang politik yang bersih jiwanya. Inilah cita-cita utama kita bersama.
Amat susah dalam kita nak membina, tapi dalam masa sama ada pula yang meruntuhkan. Inilah antara ibrah utama dalam peristiwa fathul makkah yang mana Nabi saw. dan para sahabat terlebih dahulu memusnahkan segala berhala di sekitar Kaabah, perlambangan bahawa dalam membina kesucian aqidah manusia, dibuang dahulu kotoran yang melekat, yang menghambat proses menyeluruh kepada iman.
Inilah ujian buat kita. Kita tak bunuh orang dengan nyawa darah seperti di timur tengah. Tapi kita banyak cederakan bahkan membunuh jiwa2 manusia dengan percaturan sesetengah pihak. Politik kita kena belajar bahawa perbezaan itu bukan bererti permusuhan, tetapi warna warni dalam kecenderungan pemikiran. Namun dalam bersepakat, perlu kepada jiwa besar bersama untuk mengangkat 1 keputusan yang insyaAllah setelah mengikuti prasyaratnya, Allah pasti memberkati.
Berkait dengan kesilapan dan masa lampau, memang benar manusia diberi peluang taubat oleh Allah, dan wajar diberi peluang membuktikan bakti. Tetapi Islam juga mengajar kita memilih kawan, menepati dan menghormati perjanjian dan membuat penilaian tajam dalam setiap perkara. Inilah kesepakatan bersama yang perlu kita pilih untuk dijadikan langkah sederap. Musuh gentar dengan kesatuan. Itu pasti!
Saya yakin, buah fikir dari ahli bawahan juga bermanfaat dalam situasi begini. Dan saya yakin pimpinan juga lebih jernih dalam memeluk persefahaman dan menguak asingkan perbezaan.
Tinggal saja, batu api tetap batu api. Jangan melagakan batu2 kerikil kecil ini untuk saling melempar. Meskipun dengan batu kecil ini kita tak akan cederakan kawan kita, tetapi, perbuatan melempar batu itu, akan diingati.. kita yang di bawah, AMANAH dan PKR, tolonglah bersatu hati. Xperlu serang siapa2, biarkan yg di atas dalam proses2 rundingan mereka.. kita ni teruskan khidmat bakti buat rakyat, idea2 memajukan negara, kritik saran imbang kerajaan PN dalam pentadbiran mereka. InsyaAllah, sampai masa yang sesuai.. Allah angkat balik pada posisi yang seharusnya.